Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Jumaat, 7 Oktober 2011

ikhlas ^_^


muhasabah untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat:

TUMPUKAN AMALMU HANYA KEPADA ALLAH
Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan pribadi ataupuan balasan duniawi dari apa yang telah dia lakukan. Tumpuan orang ikhlas hanya satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah.

Hamba Allah yang ikhlas mampu beribadah secara istiqamah. Orang2 yang ikhlas adalah orang yang kualiti amalnya sentiasa dalam keadaan baik walaupun tidak adanya orang yang memperhatikan. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya hanya lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya. Moga kita terhindar insyaAllah.

TANDA-TANDA IKHLAS SEORANG HAMBA
1. Tidak mencari populariti dan tidak menonjolkan diri
2. Tidak inginkan pujian.Pujian hanyalah sangkaan orang kepada kita, padahal kita sendiri yang tahu keadaan kita yang sebenarnya. Pujian juga adalah ujian Allah.
3. Tidak pentingkan pangkat dan darjat.
4. Tidak mengharapkan balasan dan balas budi
5. Tidak mudah kecewa.

Adeh.. malas nak tulis panjang-panjang, nah kat sini ada info yang lebih lanjut pasal ikhlas ni. tengok jangan tak tengok.. ^_^
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1023-ikhlas.html



Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs ‘Umar ibnu Al-Khathab radhiyalallahu ta’ala ’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)

2 ulasan:

  1. aku berubah kerana Allah soleh.. doakan aku k..


    p/s: bagus r blog ko ni.. blog ilmiah.. aku suka.. teruskan k..

    try ko setting komen ni, buat pop up window.. baru best org lain nk komen.

    BalasPadam
  2. insyaAllah.. tq fattah. err pop up window tu cmne ek?

    BalasPadam