Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Isnin, 16 Julai 2012

wahai pemuda


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga saat ini di muka bumi serta melaksanakan perintahNya insyaAllah. Selawat dan salam buat pemimpin kita Nabi Muhammad SAW yang menyeru bertaqwa kepada Allah SWT yang maha membuka pintu taubat, rezeki dan sebagainya serta kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW. Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Pemuda, sama ada lelaki mahupun wanita sememangnya merupakan asset yang sangat berharga bagi sesebuah negara.

Pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, pemuda juga menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. tidak dinafikan pasti akan ada cabaran yang akan kita hadapi bila melalui jalan ini. persiapkan diri kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan, mungkin dari segi harta, kepenatan, kecewa, tidak selesa dan sebagainya. Kalaulah nak melupakan sesuatu dalam fikiran itu senang seperti kita mendelete file dalam computer.. mesti best kan, tak perlu lagi ingat perkara-perkara yang mengganggu diri kita. Namun perlu disedari, hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Ok, back to the point, marilah kita berusaha untuk menjadi pemuda yang menjadi harapan yang bukan hanya kepada negara, tetapi untuk agama!  
sekadar gambar hiasan


Wanita itu akan kelihatan baik akhlaknya jika dirinya dihiasi dengan sifat malu. Sifat malu itu adalah fitrah. Andai sifat malu kian terhakis, kecantikan serta akhlaknya juga kian pudar. Peliharalah sebaiknya kerana sifat malu itu fitrah. Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran dan sebagainya. Di sini saya nak kongsikan sedikit petikan lirik dari nasyid impian kasih.



Ayatnya nampak simple tetapi maknanya yang cukup mendalam serta terselit nasihat yang sangat berguna dalam kehidupan kita. “jangan kau dengar fitnah dunia, kerana ianya dusta semata, menghancurkan kesucian, jalinan kebahagiaan”. Bagi saya, maksud lirik tu ialah dunia ini ada banyak kepalsuan. Sudut yang paling merbahaya kepada manusia terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping pengaruh manusia lain di sekeliling. Kuatkan benteng diri dengan mendampingi insan yang baik akhlaknya serta berusahalah sebaik mungkin dalam menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, seperti memperbanyakkan doa dan amalan sunat.



Sementara lelaki pula dinilai dari pelbagai aspek, terutama dari segi tutur katanya, bertanggungjawab dan akhlak mulia. Perlu diingat Allah SWT ciptakan lelaki dengan sedikit kelebihan berbanding wanita bukanlah kerana tujuan saja-saja. Lelaki itu adalah pelindung, sekaligus merupakan pemimpin bagi kaum wanita.


Peranan ini amat jelas dalam firman Allah SWT dalam surah An-nisaa’ ayat 34: “lelaki itu pelindung kepada perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya…”. Oleh itu bijaksanalah dalam menghadapi atau menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Jadikan alquran dan sunnah sebagai bahan rujukan yang paling utama.

Teladani sirah dalam membuat sesuatu keputusan, sebagaimana pesanan baginda SAW pada khutbah baginda yang terakhir: “…ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tiada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH ku….”.

Kefahaman agama merupakan suatu nikmat besar daripada Allah SWT kepada mana-mana hamba yang dikendakiNya. Ia juga tanda bahawa Allah SWT mahukan kebaikan kepada hamba berkenaan, sebagaimana dinyatakan oleh Nabi SAW sebuah hadis sahih yang berbunyi: “sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya kefahaman yang mendalam tentang agama”. semoga kita dipilih oleh Allah SWT menjadi golongan yang dikasihiNya.


Akhir kata, saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia memberi taufik dan hidayah, serta perlindungan dari segala macam bahaya kepada diri saya sendiri, dan kepada saudara muslimin muslimat sama ada di dunia mahupun akhirat. Amin.