Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Ahad, 30 Disember 2012

masa yang tinggal


'heaven week' kini ingin melabuhkan tirainya... maka study week yang ditunggu bakal menjelang, pergh macam nak raya plak ayat. aduih.., tak tau la camne rezeki aku untuk sem ni, boleh perbaiki CGPA or tak, i hope i can do it... orang lain dah sibuk manfaatkan study week untuk mengulang kaji, buat nota, study group, cari kat internet, aku plak tak study kat sini, sekarang baru nak pulun sehabis baik. its oke soleh, still sempat kot study :P (ayat penyedap hati)

gambar yang dicuri dari internet... hehe dont tell others

manfaatkan masa yang ada, lets make your dreams come true. man jadda wajada. cukup2 la tu, aku tak mahu lagi dibayangi kejahilan, selalu blurr dalam kelas. Allah takkan ubah nasib sesuatu kamu tu melainkan dia sendiri yang mengubahnya.


so u have to believe, always bear in mind that u can achieve what u want if u keep trying without lose hope to Allah. kejayaan ni bukan just pada pelajaran je, tapi sangat luas, merangkumi apa yang aku lalui dan aku nak capai kat dunia ni. contohnya, sekarang mungkin happiness, next is friendship, relationship, job, house, luxury car and so on. but its ok, u still have chance to achieve it, everything is depend on u, the most important thing is, u have do the best, and leave the rest to Allah.

tapi itu semua bukanlah cita2 utama aku. jika ditanya apakah cita2 utama aku, aku memilih mati syahid, dan mengharap mardhatillah. copy paste and save ayat ni dalam minda. amin insyaAllah :')
sebab apa kena buat camtu? sebab bagi aku, hidup ni tak ada gunanya jika kita dapat apa yang kita inginkan, tapi redha Allah kita tak dapat. hidup bukanlah semata-mata ingin mengejar dunia, tapi kehidupan akhirat juga perlu diberi perhatian. bak kata mawi, "world world jugak, akhirat jangan lupa beb".. hehe

wah, cantiknya bulan tu... opss..

banyak masa aku dah terbuang, takut tak tau nak jawab apa depan Allah nanti. dalam surah Al-Asr tu, walaupon ayat pendek tapi mesej yang nak disampaikan sangat3 penting, ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

ok lah, jom sambung study dulu, nak tiru ayat mawi jugak.. hehe "study study jugak, amal fardhi jangan lupa beb" .rajinkan diri lakukan amalan sunat, sedar diri sikit, badan kita ni adalah pinjaman dari Allah. kalau ada panggilan dakwah, berusahalah untuk lakukan or hadirkan diri. ingat matlamat asal aku tadi, mencapai mardhatillah.. insyaAllah :'))

Selasa, 25 Disember 2012

I miss U mak.. T__T


setiap orang just dikurniakan seorang je ibu, begitu juga ayah.tapi hari ni just nak fokuskan kepada ibu, tak bermakna aku lupakan ayah. ayah pon sayang jugak. tanpa usaha dan penat lelah mereka, siapalah aku sekarang ni kan. mungkin sekarang aku terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat tu, rempit, dadah, rompak dan sebagainya... i love them both.. forever.. <3


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab kurniakan kepada aku seorang ibu yang sangat hebat, cekal, tabah dan luar biasa, sememangnya dia memenuhi kriteria sebagai seorang ibu. she teach me so many things, she is diamond, she is precious, she is my idol, and she is the number one for me. terima kasih.. T_T

dia jugalah yang banyak mendidik aku mengenai Islam, mengenal Allah SWT, mengenal Rasul SAW, ajar aku mengaji, banyak memberikan nasihat dan pengajaran, menjadi guru pertama aku, tak pernah kenal erti putus asa dan kecewa untuk mendidik aku yang sangat nakal waktu kecil dulu.  terima kasih.. T_T

macam ni la aku dulu.. tak tahu kenapa kita kena solat

aku masih ingat, sewaktu sekolah rendah dulu aku merupakan seorang budak yang sangat nakal, suka buli kawan, biadap dengan guru, tak siapkan kerja sekolah, malas belajar, setiap kali bila exam akan ada je subjek yang fail. sampaikan semua orang hilang kepercayaan aku mampu jadi pelajar cemerlang. tapi mak tetap percaya yang anak dia ni still boleh dibentuk jadi insan berguna. Alhamdulillah hasil didikan dia, pencapaian akademik aku meningkat dengan mendadak lepas tu, sehingga aku berjaya dapat anugerah kedudukan ke-2 terbaik dalam kelas. pernah juga aku jadi pelajar yang dapat markah tertinggi bagi subjek Matematik dan Sains dalam kelas (bukan nak bangga). time tu aku happy sangat :')). Allahu.... bila teringat balik peristiwa tu, rasa sebak je hati ni. terima kasih.. T_T


ok, sebelum berundur diri, dengarkan kejap lagu kat bawah ni. lagu ni femes kot, bertajuk "u raise me up". baru je curi kat utube tadi. erm, now i am 21, dah lama kot aku tak menangis, sampaikan aku tak ingat bila kali terakhir aku menangis. tapi hari ni dah pecah record, aku menangis jugak bila dengar lagu ni..


walau sejuta kali aku ungkapkan ucapan terima kasih, walau aku menangis terharu sehingga air mata banyak seperti lautan, ianya masih belum cukup untuk membalas setitik peluh penat lelah dari kedua orang tua aku... T_T

Ahad, 23 Disember 2012

main cat2~


study week dah bermula.. tapi bagi aku, sekarang merupakan 'heaven  week'.. hehe kenapa aku cakap macam tu? sebab aku ni jenis yang suka study last minutes, nanti kot nak start. haish... apa nak jadi la aku ni, sebab tu results selalu average je, tak gempak macam result kawan2 yang lain.. huhu malu *_*
A.. B.. C.. D.. err, huruf apa plak tu?? ish..

tapi walau apapon, aku beruntung sebab semalam sempat jugak study manufacturing sikit, walaupon sekejap tapi sekurang2nya ada pengisian yang aku dapat.. hehe best buat study group ni, sekejap je ilmu masuk.. kalau duk kat rumah tu mmg confirm tak study ler. alhamdulillah semoga Allah berikan kejayaan kepada aku dan sahabat2 yang lain. amin ^_^

ok, back kepada tajuk. bangun pagi, lepas sarapan, maka bermulah perjalanan beberapa group konvoi ke destinasi yang nak dituju, sebuah institusi asuhan kepada bakal pemimpin negara akan datang, chewah~
pagi2 lagi cabaran  dia memang power, nak cari jalan agak sukar, alhamdulillah setelah mencari dan terus mencari akhirnya jumpa jugak.

tujuan kedatangan kami adalah sebagai tetamu VIP, sebab bila datang je terus dihidangkan makanan dan minuman, siap ada kek lagi.. hehe bukan2, sebenarnya tujuan sebenar kedatangan kami adalah untuk sama2 membantu dalam usaha untuk menceriakan institusi asuhan tu, atau lebih dikenali dengan istilah 'renovate' tempat tu. dan tugas aku hari ni ialah sebagai tukang cat professional, hehe... walaupon tak ramai yang dapat datang, tapi berkat kerjasama dari semua, kerja2 kat sana dapat dilakukan dengan baik dan mudah. semoga setiap yang kita lakukan ada nilaian disisi Allah SWT. kita ni hidup cuma sekali, so berbaktilah, banyakkan beramal selagi kita mampu.

buat apa yang termampu

dah siap kat bahagian luar.. cantik tak? ^_^

alhamdulillah, petang tu sebelum balik, kitorang dapat special give dari pihak sana. insyaAllah hadiah tu boleh buat kenangan nanti. Apa yang bestnya, hari ni dapat jumpa beberapa orang kanak2 kat sana, umur hampir sama macam adik aku. diaorang sangat ok, comel2 plak tu, boleh ler ubat sikit rindu aku ni pada adik. dah lama tak balik rumah (tiba2 sedih). rindu famili, mak abah semua.. teringin jugak nak balik kampung macam orang lain, tapi mak tak bagi balik, mungkin sebab 2 faktor ni. first, mak suruh study dulu cuti2 ni, nti dah habis semua exam baru balik. manfaatkan masa yang  ada. second, sebab tambang balik mahal. sekali perjalanan pergi dan balik dah habiskan duit lebih kurang  RM100, mak suruh jimat2 guna duit yang tinggal. jangan enjoy, jangan boros.. hurm, insyaAllah mak, alang akan usahakan~!!



see u soon..

last, sebelum tutup.. renungkan ayat kat bawah ni. okkee... insyaAllah ada rezeki jumpa lagi ^_^


betapa Allah mencintai kita..


"...Bila kamu mendekati Aku satu jengkal, Aku mendekatimu satu hasta. Bila kamu mendekati Aku satu hasta, Aku mendekatimu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari."
[Hadith Riwayat Bukhari]




Khamis, 20 Disember 2012

Yang kuat lebih disukai Allah




Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “SEORANG MUKMIN YANG KUAT itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam segala sesuatu itu baik adanya. Jagalah apa yang bermanfaat bagimu, mintalah tolong kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu..” (Hadis Riwayat Muslim)..



Mukmin yang kuat adalah mukmin yang lebih cintanya dan taqarrubnya kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan pada pemahaman Kitab-Nya... Kerana ia kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan menganalisa kebenaran dan kebatilan.... Mukmin yang kuat disini bukan bermakna kuat fizikal semata-mata, tetapi kuat yang dimaksudkan adalah kuat dari segi KEROHANIAN, JIWA, DAN DAYA PEMIKIRAN.... Ia mampu untuk melihat sesuatu perkara yang bermanfaat dan berbahaya... Contohnya apabila ia lihat temannya dalam keadaan lemah, ia berusaha untuk memperkuatkannya dan mengatasi kelemahannya.... Apabila ia lihat umatnya dalam keadaan kritikal berpenyakit, ia akan mencari ubatnya....

saling membantu kepada kebaikan


Apabila kita ingin menjadi mukmin yang kuat, kita perlu melihat AL QURAN, dengan kekuatan analisa, pemahaman, pemikiran dan makrifat untuk mengetahui maksud yang dibaca... Kita perlu menguasai jiwa, perasaan, nurani dan hati... Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat dalam berkelahi, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah...” (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)...

jadikan amalan membaca Al Quran sebagai amalan rutin
KITA PERLU SETIAP HARI mempersiapkan diri kITA dengan kekuatan IMAN dan hidupkan hati dengan ZIKRULLAH, memahami masaalah umat Islam dan berusaha untuk mengatasinya..... Membaiki peribadi dan akhlak Islam, memperkukuhkan kekuatan akidah dan mempertingkatkan hubungan hati dengan Allah SWT..... 
indahnya berukhuwwah

Seorang mukmin adalah orang yang tidak pernah merasa bahawa dirinya tidak mampu.... Dibuangkan jauh-jauh segala kelemahan dirinya dengan sebuah keyakinan, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa telah membangkitkan dalam dirinya kebaikan, kemampuan dan kekuatan.... Yakin dengan janji-janji Allah dan terus berjihad, berjuang dan berkorban apa sahaja demi mencari keredaan Allah SWT.. Yang penting laksanakan dahulu tugas dan tanggungjawab, dan segala masaalah serahkan kepada Allah SWT... Insya Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah SWT......
muhasabah diri jap... sejauh manakah kita?


Rabu, 19 Disember 2012

Kerana enti adalah seorang muslimah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. kali ni saya nak share perkongsian yang sangat bagus dari satu blog ni, diperkenalkan oleh Ikhwan Saupi, sahabat saya., bukan tujuan untuk kenakan siapa-siapa, tapi untuk muhasabah bersama, baik lelaki mahupun perempuan. sebab manusia ni tiada yang sempurna, terutama diri ni. just copy paste.


sama-sama kita ambil iktibar, pandanglah dari sudut positif.

Bukan niat di hati untuk angkuh
Bukan niat untuk menyakitkan hati enti
Bukan niat untuk tidak mempedulikan enti
Tetapi....
Kerana ana sangat menghormati enti
Ana melakukan semua ini
Kerana enti adalah seorang muslimah

Maafkan ana kerana memerhatikan enti dalam diam
Namun ana kecewa dengan enti
Ana menginginkan seorang muslimah yang mampu menjaga ikhtilatnya
Mampu menjaga batas pergaulan sesama bukan mahramnya
Bukan sahaja di dunia realiti
Malah juga di alam maya!
Namun, enti?
Adakah enti melambangkan ciri-ciri muslimah?

Berhubungan dengan bukan mahram
dengan perkara yang sia-sia di alam maya
tanpa alasan yang kukuh?
tanpa tujuan yang munasabah?
Adakah itu ciri-ciri muslimah?
Pastikah setiap perbualanmu di alam maya bersama bukan mahram
tidak menimbulkan penyakit hati dalam golongan syabab?
 
 
 
Ana tidak mampu untuk menegur enti secara terus terang
Kerana ana tidak mempunyai hak ke atas enti
Hanya seorang lelaki bernama suami yang berhak ke atas enti
Ana ingin melihat enti berubah sendiri
Atas kesedaran sendiri
Iya, memang tiada manusia yang sempurna
Tetapi tidak salah untuk berusaha menjadi sempurna

Jagalah ikhtilatmu di alam maya
Bukannya tidak boleh menegur bukan mahram
Tetapi pastikan ada tujuan
Tujuan yang dibenarkan
Bukan hanya perbualan kosong semata-mata

Hanya doa yang mampu ana kirimkan
Semoga enti sentiasa berada dalam rahmat Allah
Ana sangat menghormati enti
Kerana enti adalah seorang muslimah
 
 
........Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

 
ini link blog tu.(cuba click).. just copy paste je kat sini. bagi saya, penulis blog ni seorang yang hebat dan kreatif. memahami perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa, pada masa yang sama mungkin seorang daie. sesuai untuk bacaan golongan belia. banyak lagi entri menarik dalam blog tu, ada masa sudi2 la tengok yek. chill~ (^_^) ok..!! wassalam.

Isnin, 17 Disember 2012

Bilaku tak sempurna..


Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah


Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

Jumaat, 14 Disember 2012

With your own permission...


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang injured tu. keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar. so, cuba aplikasikan dalam rutin kita ^_^

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. mengaku saja kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. kita takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain.

2. Buang Sikap Risau
ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa kita pinta. kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental. kan??
risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur
ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda, ada laptop boleh tengok blog..hehe. ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri.



4. Belajar Menjadi Pemaaf
sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. ketahuilah, kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu, ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu. its ok.. do it slowly ^_^


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan kita serta menjadikan kita girang. tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; macam dia ni ^_^ agar kita boleh ketawa secara automatik. ketawa dapat menghilangkan sedih. tapi jangan ketawa banyak, nanti banyak lupa.. hehe
jangan jadi macam yang lagi satu tu


6. Ubah Fikiran
kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? fikir yang buruk, anda dapat yang buruk jawapnya. ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
batu macam ni pon ada.. :)



 wallahualam.. sekian, thanks for reading. ^____^

Khamis, 6 Disember 2012

Bila Waktu Telah Berakhir


bagaimana kau merasa bangga..
akan dunia yang sementara..
bagaimanakah bila semua..
hilang dan pergi..
meninggalkan dirimu..

bagaimanakah bila saatnya..
waktu terhenti tak kau sedari..
masihkah ada jalan bagimu..
untuk kembali..
mengulangkan masa lalu..

dunia..
dipenuhi dengan hiasan..

semua..
dan segala yang ada..
akan kembali padaNya..

bila waktu telah memanggil..
teman sejati hanyalah amal..

bila waktu telah terhenti..
teman sejati tinggallah sepi..


 orang yang bijak adalah orang yang selalu ingat kematian (zikrul maut)

Khamis, 29 November 2012

Fitnah Wanita : Jangan Pandang Enteng!




Kalaulah Allah ciptakan manusia tetapi tidak memberikan panduan kepada manusia mengenai cara untuk hidup, maka zalimlah Allah. Sebagaimana zalimnya pencipta kereta yang tidak menyediakan manual penggunaan kereta. Maha Suci Allah dari sifat zalim, bahkan Allah adalah tuhan yang Maha Adil. Tidak sesekali Allah menzalimi manusia melainkan manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka.

Hakikatnya, manusia dicipta beserta panduan bagaimana untuk hidup. Panduan-panduan itu menjelaskan banyak perkara. Itu boleh, ini pula tak boleh. Itu disuruh, ini pula dilarang. Di sebalik kesemuanya, ada hikmah besar yang tersembunyi untuk kebaikan ummat manusia. Demikianlah aturan Allah Sang Raja yang Maha Bijasana.

Salah satu panduan yang diberikan oleh Allah dan disampaikan melalui lisan RasulNya yang mulia adalah betapa pentingnya menjaga diri dari fitnah kaum wanita.
Sabda Nabi s.a.w :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “ [ H.R Bukhari ]

Salah satu makna fitnah yang bertepatan dengan takrifan di atas adalah nas dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini. Iaitu tidak ada ujian atau cubaan yang lebih besar ditinggalkan oleh Nabi s.a.w ke atas ummatnya melainkan ujian dan cubaan dari kaum wanita.


TEBALNYA IMAN ?

” Takpe, aku tahu jaga diri. Janganlah rigid sangat. Aku dan dia cuma contact atas dasar kerja, dan sesekali berkongsi masalah. Tak ada melibatkan hati pun, jangan risaulah. Lagi pun dia bukan taste aku..”.

Demikian jawapan si jejaka berjanggut sejemput apabila ditegur.

Pemerhatian saya, ramai lelaki menganggap fitnah wanita hanya menyentuh perihal hati, atau lebih jelas, soal jatuh hati. Maknanya, selagi mereka mampu jaga hati dari jatuh hati, atau selagi mereka yakin mereka tidak akan jatuh hati, maka tidak ada apa yang hendak dirisaukan.

” Alah. Aku dah ada tunang. Tunang aku kawan baik dia kot. Takkanlah nak jatuh hati pulak. Kitorang just rapat, tu je..”

” Mustahillah nak ada apa-apa perasaan. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri..”

Seorang lagi juga dengan nada yang sama : ” Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri, takde apa-apa lah..”


Cinta suatu yang suci. Jatuh hati atas dasar cintakan agama, mahu memiliki zuriat dan membina sebuah perkahwinan yang halal adalah hasrat dan tujuan yang suci. Syaitan TIDAK membantu benda yang suci. Dia hanya membuka pintu kejahatan dan kekotoran.

Justeru, yang digoda antara lelaki dan wanita bukan untuk jatuh hati, tetapi untuk melakukan perkara-perkara faahisyah ( keji ) dan mungkar!

Maka apabila dua anak adam berlainan jantina berhubung atas sesuatu tujuan yang syar’ie sekalipun, syaitan tidak akan duduk diam. Meskipun kedua-duanya tidak ada alasan untuk jatuh hati antara satu sama lain, tetapi mereka masih punya alasan untuk jatuh nafsu antara satu sama lain!


TERPIKAT

Target syaitan adalah memastikan kita (lelaki) terpikat dengan kaum wanita. Biar apapun status wanita tersebut. Celah mana ada kelompongan, syaitan akan pantas mengambil jalan. Sebab itu soal ikhtilat wajib dititikberatkan. Ia wajib menjadi antara fokus utama dakwah dalam masyarakat, apatah lagi buat mereka yang mempunyai kuasa.

Soal siapa si wanita, itu tidak penting. Berapa umurnya, statusnya, guru, ustazah, apa sahaja. Semua itu tidak menjadi halangan untuk syaitan mencari jalan supaya para lelaki terjerumus ke kancah zina dan maksiat.

Ambillah ibrah dari betapa banyak kisah yang sampai kepada kita.

Ada di antaranya, di peringkat awal langsung tidak pernah suka, bahkan mendabik dada ‘mustahil untuk suka’. Katanya, si wanita tidak cantik rupa. Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan tonjolkan ‘kecantikan’ si wanita, di kala si lelaki lupa bahawa cantik pada wanita bukan semata-mata rupa parasnya. Bahkan antara faktor cantiknya wanita adalah keterampilan dan cara si wanita membawa diri dalam pergaulannya. Cara bercakap, cara senyum, cara memberi respon, cara bertanya dan seribu satu yang lain. Inilah keunikan wanita dan inilah juga lubang-lubang yang di ambil kesempatan oleh syaitan bagi menyesatkan para jejaka.
eh.. cantik pulak rama2 tu, dulu bentuk ulat je


Takutlah kamu kepada fitnah wanita. Apabila Nabi s.a.w sendiri yang mengingatkan, maka yakinlah bahawa impak daripadanya sangatlah besar. Jangan dipandang enteng dan jangan diambil mudah. Jangan diperkecilkan soal ikhtilat antara lelaki dan wanita. Jangan diambil ringan hubungan-hubungan yang tidak terjaga atas nama ‘biasa-biasa saja’.