Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Rabu, 28 Disember 2011

Ragam imtihan..

 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera smua.. harap semua dlm keadaan sihat, hehe orite utk entri kali ni saya ingt nk cite pasal exam plak la, erm mklumlah.. skrg ni semua org asyik sibuk ngan exam yg kata org 'just around the corner' tu.. smpai nk ajak keluar pon susah, yg xsibuk pon ada yg buat2 sibuk, ape ar.. haha neva mind, hope all of u get best result in the exam.. we fight, we never give up.. huuuu smangt nih. 
oke, kt bawah ni ada cite kartun. jemput baca, jgn malu2.. hehe asyik tulis karangan jer, jap lgi bosan lak, saya sndri pon bosan... korang mesti konfem la lgi bosan, hehe :)
oke semua, mintak diri dulu eh. nk sambung stadi balik, hehe adoi risaunya psal exam ni, byk lgi topik yg blum cover.. doakn kejayaan saya eh kawan2 semua. semoga berjaya dunia dan akhirat insyaAllah. selamat maju jaya.. 
salam imtihan :)

Ajaklah hatimu berbicara



Ketika dirimu gelisah...
sentuhlah hatimu dgn lantunan ayat2 cinta dalam kitab suci Al-qur'an.

• Ketika kau lemah...
  rangkum kembali makna-makna kebersamaan
  bersama saudara-saudaramu agar saling menguatkan.

• Ketika kau lelah dan mulai putus asa...
  Maka Allah swt akan tersenyum padamu...
  yakinlah tiada usaha halal yg sia-sia.



• Ketika peluh & kerja tak dihargai...
  maka ingatlah saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.

• Ketika usaha keras kita dinilai sia-sia oleh orang lain...
  maka saat itu kita sedang memaknai KEIKHLASAN.

• Ketika hati terluka dalam kerana tuduhan atas hal yang tak pernah kita lakukan...
  maka saat itu kita sedang belajar tentang MEMAAFKAN.

• Ketika lelah mendera & kecewa menerpa...
  maka saat itu kita sedang belajar memaknai tentang erti KESUNGGUHAN.

• Ketika kita harus membayar sesuatu yang sebenarnya tak perlu kita tanggung,
  maka saat itu kita sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.



• Bersama kesulitan ada kemudahan...Bersama Kesulitan ada kemudahan...
  jangan pernah merugikan & menyakiti org lain.
  Allah maha meliihat & mendengar rintihan hatimu: BERDOALAH.

• Tetap semangat, sabar, tersenyum...
   dan terus belajar..!! kerana kamu sedang menimba ilmu di Universiti KEHIDUPAN!

• Dia menaruhmu di tempat yang sekarang, bukan kerana kebetulan..!!
  Ada maksud yg terindah di setiap rancanganNya..!! Bergembiralah !!

Selasa, 27 Disember 2011

Cinta Menurut Hassan al-Banna



Assalamualaikum wbt.
lama dah rasanye xupdate blog ni.. heheeh, kali ni ingt nk cite psal cinta.. huu mcm bes je kn tajuk dia. Semua orang kat dunia ni bercerita tentang cinta kat mana-mana and tiap masa ada je update tentang cinta. Tapi semua tu tak menarik perhatian saya. cite ni dipetik dalam "Detik-Detik Hidupku Hassan al-Banna" halaman 40 :   jom sama2 kita baca, semoga post ni bermanfaat utk semua pembaca ^_^



‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,

 "Adakah bercinta itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:

 "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini =) Jawapan yang genius sekali.

Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :) 
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)

Baik, itu sahajalah dari saya kali ini, jumpa lagi jika saya dipanjangkan umur lagi.


Putera Agama ^_^



Tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya..
..Tatkala lelaki lain mengenepikan Allah dan Rasul, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.. ♥
aku pon ingin menjadi sepertinya.. insyaAllah

Ahad, 11 Disember 2011

Kenapa yahudi memusuhi Hamas ?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika SANGAT memusuhi Hamas? Hamas yang ramai tinggal di GAZA.
Mengapa dan kenapa Israel-Yahudi serta Amerika TIDAK memusuhi Fattah dan PLO? Fattah yang ramai tinggal di Tebing Barat.
Jawapan spontan......kerana Hamas pimpinan Ismail Hanieya berjuang di atas dasar dan nama Islam.
Manakala PLO dan Fattah pimpinan Mahmud Abbas berjuang di atas dasar dan nama perkauman Arab.



Tahun penubuhan Gerakan Pembebasan Bumi Palestin: 1- Fatah (1959).2- PLO (Palestine Liberalisation Organisation )(1964). 3- HAMAS (1987).
•PLO termasuklah kumpulan Fattah berjuang di atas dasar kebangsaan Arab dan bertujuan membentuk negara sekular Palestin.
•PLO diiktiraf oleh Israel hanya selepas tercetusnya Intifadah (1987)
•PLO semakin lemah dan ditekan untuk berdamai dengan Israel.
#Lebih buruk lagi apabila PLO di bawah pimpinan Yasser Arafat menjual maruah perjuangan dan bumi Palestin DENGAN Termetrinya perjanjian Oslo (Gaza-Jericho) pada 13 Disember 1993 di Washington dengan kerajaan Israel pimpinan Yitzhak Rabin.


Intifadah/kebangkitan umat Islam terus memuncak setelah intifadah yang pertama(1987). Iaitu intifadah yang ke 2 tahun 2002. Ramai pimpinan Hamas yang mati syahid termasuklah as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
 


HAMAS MENANG DALAM PILIHANRAYA UMUM PALESTIN
•Takdir ALlah Yang Maha Perkasa; Hamas yang diasaskan pada ketika intifadhah pertama (1987) telah membuat kejutan pada PR 25 Jan 2006 dengan menguasai 60% dari kerusi yang dipertandingkan. Maka kecundanglah parti Fattah pimpinan Mahmud Abbas.
•Kemenangan HAMAS menggusarkan Israel kerana:
–Pilihan Raya disahkan adil dan bebas oleh pemerhati PR (diketuai oleh mantan Pres USA- Jimmy Carter)
–% keluar mengundi tinggi
–Ini bermakna, majoriti rakyat Palestin menyokong polisi HAMAS yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanjian damai’ yang berat sebelah.


TEKANAN KE ATAS KERAJAAN ISLAM HAMAS
- Menekan Kerajaan Palestin baru yg dibentuk oleh HAMAS.
- Menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke Palestin.
•Tuntutan mereka(yahudi-amerika):
– HAMAS melucutkan senjata (ingat Sabra Shatila)
– Mengiktiraf Israel
– Menghormati semua perjanjian yang di tandatangani di antara Palestine Authority sebelum ini dengan Israel.


SIKAP DAN PENDIRIAN HAMAS
HAMAS menolak semua tuntutan tetapi menuntut gencatan senjata serta perbincangan semula diadakan mengenai persoalan kedudukan Baitul-Maqdis, nasib 5 juta pelarian Palestin DAN penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan pengunduran Yahudi kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (resolusi PBB 242 dan 338).


SEBAB HAMAS TIDAK IKTIRAF NEGARA ISRAEL
-Memperaku penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
-Menghalalkan semua jenayah keji/kemanusiaan yg telah dilakukan ke atas rakyat Palestin.
-Mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang
-Merestui hasrat yahudi untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan meruntuhkan Masjidil Aqsa.
HAMAS TERUS DIMUSUHI kerana.....
# Perjuangan HAMAS melalui seruan jihad, tidak mengiktiraf Israel dan disokong oleh majoriti penduduk Palestin amat menggerunkan Israel
# Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui perang saudara dengan FATAH masih belum jadi kenyataan
# Hasrat untuk menghancurkan kerajaan HAMAS melalui sekatan ekonomi juga masih belum tercapai.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat-sahabat kita pejuang Hamas dan mengurniakan kemenangan. takbir!!..

Sabtu, 22 Oktober 2011

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN ISTERI(TELADAN BAGI YANG SUDAH/BAKAL SUAMI)



Bismillahirahmanirahim.
Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..




Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Isnin, 17 Oktober 2011

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj




Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)



Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ahad, 16 Oktober 2011

Haramkah ustazah pilihan?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Moga bermanafaat,berikut adalah pendapat dari Ulama berkenaan Ustazah Pilihan. D harap,teman2 share ilmunya; moga menjadi bekalan d akhirat kelak. Insyaallah...aamiin ya Allah.

* Ustaz Mujahid: Apa sahaja program yang meletakkan wanita di atas pentas, samaada nasyed atau sebagainya melainkan dia seorang pendakwah, itu pun yang ustazah2 tua2, kerana kalau muda akan menimbulkan fitnah, maka saya berpendapat ianya haram. Apatah lagi dengan program seperti ustazah pilihan ini. Kerosakan akan berlaku. Memperagakan wanita di atas pentas, melihat wajah mereka, mendengar suara mereka. Dan jutaan manusia akan tertumpu kepada mereka. Khususnya kaum adam. Mereka hanya ingin melihat awek-awek tersebut sahaja sebenarnya. Maka, ini boleh menyebabkan si wanita itu turut berdosa kerana membuatkan orang lain berdosa. Apatah lagi di dalamnya, para peserta perlu melakukan perkara2 bid'ah. Itu semestinya haram. saya sangat menentang program seperti ini.


~ himpunan pendapat Ulama hingga kini. Insyaallah akan d kongsi lagi ilmunya.
wallahhualam

~Lari Dari Masalah?~


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis dan berkongsi, mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini, akan dinilai baik disisi Allah s.w.t

Apabila kita memegang title sebagai seorang manusia yang mempunyai akal, nafsu dan iman, sudah pasti kita akan menerima ketentuan yang telah ditetapkan dan antaranya adalah Masalah. Dari masalah inilah membuatkan manusia berfikir dalam memcari jalan penyelesaiannya. Ada yang mengambil jalan baik, dan ada juga yang mengambil jalan sebaliknya sehingga kadang kala sampai sanggup mengorbankan nyawa sendiri.

Kenapa jadi begitu? ini kerana, kadang kala, apabila kita terbeban oleh sesuatu masalah, kita sering memikirkan jalan mudah supaya ianya selesai iaitu melarikan diri dari masalah tersebut. Adakah konsep ini benar dan baik??

Suka untuk ana berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian yang mana ana juga pernah merasakan untuk lari dari masalah. Waktu itu, terlalu banyak masalah bertimbun dihadapi oleh ana, sehingga sampai satu masa ana agak tertekan dengan masalah-masalah tersebut, etika itu apa yang ada dalam fikiran hanyalah "Bagaimana nak larikan diri dari masalah ini??"

Di waktu itu, ana sudah pun berhajat untuk meletakkan semua jawatan yang dipegang kerana merasakan bebanan yang dirasai itu adalah datang dari jawatan-jawatan tersebut. Akhirnya, ana berbual telefon dengan seseorang yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat kepada ana sejak ana di bangku sekolah, beliau terus memberi motivasi dan dorongan. ana masih ingat apa yang diperkata oleh beliau: "nta nak letak jawatan sebab masalah?? nta cuba renung, manusia yang selalu berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama akan semakin kuat, malah lebih kuat ombak itu, makin kuat lah otot tangannya kelak..."

Ketika itu, ana merasa seperti ada suatu sinar dan cahaya yang menerangi dan menenangkan. Sejak itu, ana terfikir,jalan yg terbaik bukanlah dengan melarikan diri daripada masalah, sebaliknya harus berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Pada hakikatnya, jika kita perasan, masalah tidak akan hilang dengan kita melarikan diri daripadanya. Walaupun mungkin pada ketika kita melarikan diri dari masalah itu, kita merasakan diri kita tenang, tetapi ana pasti, dihadapan kita ada kesan dari perbuatan kita tersebut. Mungkin makin bertambahlah masalah kita untuk masa akan datang.

Contohnya, sahabat-sahabat yang belajar di universiti, pasti kita akan diberikan homework oleh pensyarah-pensyarah kita. Kadang-kadang, terlalu banyak yang perlu kita siapakan sehinggakan kita rasa seperti x mampu nak buat, lalu kita mengambil keputusan untuk tidur saja tanpa menyiapkan homework tersebut. Mungkin kita akan berasa tenang dengan mimpi indah yang kita perolehi dalam tidur itu, tetapi cuba bayangkan, apa yang akan berlaku ketika bangunnya kita dari tidur keesokan harinya?? Homework yang bertimbun tidak siap, wajah pensyarah yang pasti akan memarahi kita di kelas kelak? dan mungkin hukuman yang akan kita terima atas homework yang tidak siap itu..

Jadi, apa yang boleh diseimpulkan disini adalah, melarikan diri dari masalah bukan menyelesaikan masalah, tetapi ia akan menambah masalah. Cuba kita fikirkan masalah yang kita hadapi itu adalah masalah negara atau tentang kehidupan kita, apa yang akan terjadi agaknya? Mungkin masalah yang kecil akan membesar dan membarah akhirnya... Tetapi, jika kita usahakan juga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi satu per satu, insyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mengurangkan beban masalah yang kita hadapi.

Pada pandangan ana, jika kita gagal dalam berusaha berbanding kita tidak berusaha langsung, maka tidak berusaha langsung itu adalah lebih teruk. Ini kerana, walaupun kebarangkalian untuk berjaya itu sangat-sangat lah kecil,tetapi kita kita cuba, pasti akan ada natijahnya, berbeza jika kebarangkalian untuk berjaya itu adalah sangat tinggi, 99.9%..tetapi kita tidak berusaha untuk menyelesaikannya, ana percaya dan pasti, 99.9% itu tidak bermakna langsung!. Tidak berusaha hanya akan menukar 99.9% kepada 0%.

Sahabat pembaca sekalian, ana pasti ramai yang pernah mendengan kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang . Sebagaimana yang dikisahkan selepas dia membunuh 99 orang, dia berasa insaf dan ingin bertaubah, oleh itu, dia memcari seorang alim ulama' untuk bertanyakan tentang hasratnya itu. Apabila dia bertemu dengan seorang ulama dan menceritakan apa yang telah dilakukannya, maka ulama' itu mengatakan yang dia tidak ada harapan untuk bertaubat, maka akibat marah, dia telah membunuh ulama' tersebut dan mencukupkan bilangan orang yang dibunuhnya seramai 100 orang. apa yang bagusnya, dia tidak berhenti disitu, dia terus memcari dan ditakdirkan dia bertemu dengan seorang lagi ulama' dan ulama' itu menyatakan bahawa keampunan Allah amatlah luas dan Allah pasti akan mengampunkannya.. Ulama' itu menunjukkan sebuah kampung yang tenang untuk pembunuh itu beruzlah untuk bertaubat..lalu lelaki itu terus menuju ke kampung itu untuk bertaubat. Di dalam perjalanan, dia telah dijemput oleh Allah, oleh kerana niatnya untuk bertaubat itu sudah dibuat,maka Allah telah memasukkannya ke dalam syurga walaupun dia belum lg sempat bertaubat.

Jadi, dari kisah itu banyak yang dapat kita pelajari, sebagai kesimpulannya, lari dari malah hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

Sekian, wasalam

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"