Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Sabtu, 23 Februari 2013

JANGAN dalam Islam




- JANGAN tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



- JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.... ^_^


Jumaat, 11 Januari 2013

SOLUSI BERBAGAI MASALAH




Nasihat Hasan Al Basri...

Suatu saat 4 orang datang kepada Hasan Al Basri dan bergantian menyampaikan masalahnya..

- Orang pertama datang mengadukan kekeringan yang melanda kerana hujan tidak turun dari langit..

Hasan Al Basri memberi nasihat kepada orang tersebut untuk beristighfar..

- Orang kedua datang mengadukan kemiskinan yang dideritanya..

Hasan Al Basri memberi nasehat kepada orang tersebut untuk beristighfar.

- Orang ketiga datang mengadukan istrinya mandul..tidak boleh melahirkan.

Hasan Al Basri memberi nasihat kepada orang tersebut untuk beristighfar..

- Orang keempat datang mengeluhkan kebunnya yang gersang tidak dapat menumbuhkan tanaman..

Hasan Al Basri memberi nasihat kepada orang tersebut untuk beristighfar..

Mereka yang hadir hairan kerana mendapat nasihat yang sama...
Akhirnya mereka bertanya..

“kamu ini aneh Hasan Al Basri...kenapa semua orang yang datang meskipun problemnya berbedza-beza..solusi yang kamu berikan sama?...
iaitu “istighfar”...

Hasan Al Basri menjawab..

” Apakah kamu tidak membaca firman Allah berikut”...
lalu beliau membaca Al Quran surah nuh yang ertinya..

” Mohonlah ampunan pada Tuhanmu sesungguhnya Dia Maha Pengampun..nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit..Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan kebun-kebun untukmu.. dan mengadakan sungai-sungai untukmu”. ” ( QS Nuh: 10-12)

Nasihat yang sangat bijak untuk semua orang yang masih mengakui keberadaan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Memberi..Maha Pengasih..Maha Penyayang..
 

Sayidina Abu Bakar as-Siddiq mengemukakan..
Ada delapan perhiasan indah bagi delapan hal lainnya..

PANTANG MEMINTA MINTA merupakan hiasan si miskin..

BERSYUKUR merupakan hiasan bagi anugerah..

SABAR hiasan bagi musibah..

SANTUN hiasan bagi ilmu..

BANYAK MENANGIS (mengingat dosa dosa) hiasan bagi orang bertaubat..

MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN hiasan bagi kebajikan..dan

KHUSYUK hiasan bagi orang shalat.

*kesimpulan, banyakkan beristighfar, terutama kepada diri ni. Allah.. sedih untuk exam kali ni, ada soalan yang tak dapat jawab dengan baik. tak tau la camne result sem kali ni, hope dapat perbaiki CGPA tu. amin ya Allah... think positive~!! ^_^