Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Jumaat, 24 Februari 2012

Berenang tu sunnah ^_^


Berenang...  oke sebagaimana yang kita tau, berenang ni salah satu sukan yang jadi sunnah Rasulullah SAW selain memanah dan berkuda. Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim). Berenang juga memberi peluang kepada kita untuk menguasai air serta menjadi berani.

Sejak dari kecil lagi aku didedahkan dengan sukan ni. Dulu ceritanya hampir setiap hujung minggu abah ajak aku dan family pergi belajar berenang. Teringat lagi time tu aku, abang dan adik berenang kat sungai sekali. Hmm, tapi sekarang semua dah besar panjang.. suasana dah tak sama lagi macam dulu.. :( Miss that moment so much. Abang aku paling cepat belajar, sekejap je dia dah boleh berenang.  Adik aku pon sekarang ni dah boleh berenang sikit-sikit.  Aku ni je yang lambat sikit nak belajar berbanding dengan diaorng ni. Adik lagi hebat berenang dari aku, pergh…. Malu kot.


this is my little brother.. kecik2 cili padi ni :)
 My dad is a great swimmer. For me, he is my hero and I am very3 proud to him. Kami tak perlu ke kelas renang untuk belajar berenang.  Memang superb laa.. tabik spring!!! hehe. Macam-macam skill abah ada sampai aku jadi teruja sangat time tu nak jadi hebat macam dia... However, to be a great swimmer is not an easy task. It will take a long time in order to make us better. 

Teringat lagi kata-kata abah: “alang, nak pandai berenang ni mula-mula memang kena lemas sikit dulu, baru kita tau macam mana nak imbangkan badan dalam air. Belajar menyelam , tahan nafas.. dan try imbangkan badan dalam air, tak boleh kelam kabut sbb nanti kita tenggelam dalam air tu.” Aku pon cuba buat ikut saranan abah, fuhh.. mencabar betul sukan berenang ni. Sampai sekarang aku tak boleh kuasai lagi, boleh sikit-sikit je.  kalaulah ilmu tu boleh diwarisi mesti best kan? Tak perlu susah-susah belajar..hakhak   

Abah ada jgak pesan lagi: “belajar berenang ni penting alang.. bukan saja-saja abah suruh, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk kebaikan diri kita jgak. Kemahiran untuk kita selamatkan diri, or orang lain dalam situasi bahaya. Benda nak jadi masa depan kita nanti belum tau lagi. Kalau ada ilmu nanti boleh selamatkan orang lemas.  Nanti benda dah jadi depan mata baru nak menyesal, time tu dah terlambat.” Memang betul apa yang abah cakap tu, apa yang nak jadi pada kita masa depan nanti memang tak boleh predict.. sebab tu pentingnya kita buat persediaan, bak kata pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan.

my beloved abah :)


Aku memang minat sukan renang ni, lagipun amalan dan sukan berenang ni adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad. Tapi apakan daya aku tak boleh nak fokus kepada banyak perkara dalam satu masa. Maklumlah sekarang ni bukan selalu ada masa nak pergi tempat2 untuk berenang, tambahan plak sekarang ni masa aku semakin terhad.. banyak tugas dan komitment yang dah disandarkan kat bahu aku. Apa –apa pon aku utamakan apa yang patut dulu. Walaupon stress tapi Alhamdulillah aku tetap bersyukur sebab didampingi sahabat-sahabat yang memahami dan orang yang baik yang ada di sekeliling aku. Kadang-kadang merekalah yang bagi moral support kat aku hampir cepat give up ni supaya tetap bertahan dan bersemangat :) Thanks to all of u.  

weeee~ syoknyer berenang.. burrrrrr


MASIH BELUM TERLAMBAT! Ayuh sahut seruan Rasulullah SAW! InsyaAllah terkandung hikmah yang pasti luar biasa hebatnya!

2 ulasan:

  1. jom berenang.... tp igt sifat2 rasulullah pn sunnah juga....

    BalasPadam
  2. sifat optimis tu sunnah jgak.. berakhlak mulia dan jujur, insyaAllah.

    BalasPadam