Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Sabtu, 23 Februari 2013

JANGAN dalam Islam




- JANGAN tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



- JANGAN lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.... ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan