Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Isnin, 17 Disember 2012

Bilaku tak sempurna..


Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.

Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah


Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

Jumaat, 14 Disember 2012

With your own permission...


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang injured tu. keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar. so, cuba aplikasikan dalam rutin kita ^_^

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. mengaku saja kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. kita takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain.

2. Buang Sikap Risau
ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa kita pinta. kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental. kan??
risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur
ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda, ada laptop boleh tengok blog..hehe. ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri.



4. Belajar Menjadi Pemaaf
sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. ketahuilah, kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tidak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu, ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu. its ok.. do it slowly ^_^


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan kita serta menjadikan kita girang. tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; macam dia ni ^_^ agar kita boleh ketawa secara automatik. ketawa dapat menghilangkan sedih. tapi jangan ketawa banyak, nanti banyak lupa.. hehe
jangan jadi macam yang lagi satu tu


6. Ubah Fikiran
kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? fikir yang buruk, anda dapat yang buruk jawapnya. ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
batu macam ni pon ada.. :)



 wallahualam.. sekian, thanks for reading. ^____^

Khamis, 6 Disember 2012

Bila Waktu Telah Berakhir


bagaimana kau merasa bangga..
akan dunia yang sementara..
bagaimanakah bila semua..
hilang dan pergi..
meninggalkan dirimu..

bagaimanakah bila saatnya..
waktu terhenti tak kau sedari..
masihkah ada jalan bagimu..
untuk kembali..
mengulangkan masa lalu..

dunia..
dipenuhi dengan hiasan..

semua..
dan segala yang ada..
akan kembali padaNya..

bila waktu telah memanggil..
teman sejati hanyalah amal..

bila waktu telah terhenti..
teman sejati tinggallah sepi..


 orang yang bijak adalah orang yang selalu ingat kematian (zikrul maut)

Khamis, 29 November 2012

Fitnah Wanita : Jangan Pandang Enteng!




Kalaulah Allah ciptakan manusia tetapi tidak memberikan panduan kepada manusia mengenai cara untuk hidup, maka zalimlah Allah. Sebagaimana zalimnya pencipta kereta yang tidak menyediakan manual penggunaan kereta. Maha Suci Allah dari sifat zalim, bahkan Allah adalah tuhan yang Maha Adil. Tidak sesekali Allah menzalimi manusia melainkan manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka.

Hakikatnya, manusia dicipta beserta panduan bagaimana untuk hidup. Panduan-panduan itu menjelaskan banyak perkara. Itu boleh, ini pula tak boleh. Itu disuruh, ini pula dilarang. Di sebalik kesemuanya, ada hikmah besar yang tersembunyi untuk kebaikan ummat manusia. Demikianlah aturan Allah Sang Raja yang Maha Bijasana.

Salah satu panduan yang diberikan oleh Allah dan disampaikan melalui lisan RasulNya yang mulia adalah betapa pentingnya menjaga diri dari fitnah kaum wanita.
Sabda Nabi s.a.w :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “ [ H.R Bukhari ]

Salah satu makna fitnah yang bertepatan dengan takrifan di atas adalah nas dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini. Iaitu tidak ada ujian atau cubaan yang lebih besar ditinggalkan oleh Nabi s.a.w ke atas ummatnya melainkan ujian dan cubaan dari kaum wanita.


TEBALNYA IMAN ?

” Takpe, aku tahu jaga diri. Janganlah rigid sangat. Aku dan dia cuma contact atas dasar kerja, dan sesekali berkongsi masalah. Tak ada melibatkan hati pun, jangan risaulah. Lagi pun dia bukan taste aku..”.

Demikian jawapan si jejaka berjanggut sejemput apabila ditegur.

Pemerhatian saya, ramai lelaki menganggap fitnah wanita hanya menyentuh perihal hati, atau lebih jelas, soal jatuh hati. Maknanya, selagi mereka mampu jaga hati dari jatuh hati, atau selagi mereka yakin mereka tidak akan jatuh hati, maka tidak ada apa yang hendak dirisaukan.

” Alah. Aku dah ada tunang. Tunang aku kawan baik dia kot. Takkanlah nak jatuh hati pulak. Kitorang just rapat, tu je..”

” Mustahillah nak ada apa-apa perasaan. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri..”

Seorang lagi juga dengan nada yang sama : ” Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri, takde apa-apa lah..”


Cinta suatu yang suci. Jatuh hati atas dasar cintakan agama, mahu memiliki zuriat dan membina sebuah perkahwinan yang halal adalah hasrat dan tujuan yang suci. Syaitan TIDAK membantu benda yang suci. Dia hanya membuka pintu kejahatan dan kekotoran.

Justeru, yang digoda antara lelaki dan wanita bukan untuk jatuh hati, tetapi untuk melakukan perkara-perkara faahisyah ( keji ) dan mungkar!

Maka apabila dua anak adam berlainan jantina berhubung atas sesuatu tujuan yang syar’ie sekalipun, syaitan tidak akan duduk diam. Meskipun kedua-duanya tidak ada alasan untuk jatuh hati antara satu sama lain, tetapi mereka masih punya alasan untuk jatuh nafsu antara satu sama lain!


TERPIKAT

Target syaitan adalah memastikan kita (lelaki) terpikat dengan kaum wanita. Biar apapun status wanita tersebut. Celah mana ada kelompongan, syaitan akan pantas mengambil jalan. Sebab itu soal ikhtilat wajib dititikberatkan. Ia wajib menjadi antara fokus utama dakwah dalam masyarakat, apatah lagi buat mereka yang mempunyai kuasa.

Soal siapa si wanita, itu tidak penting. Berapa umurnya, statusnya, guru, ustazah, apa sahaja. Semua itu tidak menjadi halangan untuk syaitan mencari jalan supaya para lelaki terjerumus ke kancah zina dan maksiat.

Ambillah ibrah dari betapa banyak kisah yang sampai kepada kita.

Ada di antaranya, di peringkat awal langsung tidak pernah suka, bahkan mendabik dada ‘mustahil untuk suka’. Katanya, si wanita tidak cantik rupa. Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan tonjolkan ‘kecantikan’ si wanita, di kala si lelaki lupa bahawa cantik pada wanita bukan semata-mata rupa parasnya. Bahkan antara faktor cantiknya wanita adalah keterampilan dan cara si wanita membawa diri dalam pergaulannya. Cara bercakap, cara senyum, cara memberi respon, cara bertanya dan seribu satu yang lain. Inilah keunikan wanita dan inilah juga lubang-lubang yang di ambil kesempatan oleh syaitan bagi menyesatkan para jejaka.
eh.. cantik pulak rama2 tu, dulu bentuk ulat je


Takutlah kamu kepada fitnah wanita. Apabila Nabi s.a.w sendiri yang mengingatkan, maka yakinlah bahawa impak daripadanya sangatlah besar. Jangan dipandang enteng dan jangan diambil mudah. Jangan diperkecilkan soal ikhtilat antara lelaki dan wanita. Jangan diambil ringan hubungan-hubungan yang tidak terjaga atas nama ‘biasa-biasa saja’.

Rabu, 21 November 2012

Tafakur Zikraa



Tafakur..

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…


Khamis, 15 November 2012

nak permata tak?





Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya.

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita?


Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Selasa, 13 November 2012

Tabiat manusia yang perlu dielakkan



Memang manusia mempunyai banyak tabiat yang pelik pada sesetengah orang. Namun untuk mengubahnya perlukan sesuatu yang luar biasa, terutama tabiat yang telah tertanam dalam jiwa masing-masing sejak puluhan tahun lagi.

Untuk entri kali ini elok kiranya saya membincangkan tentang tabiat manusia yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Tabiat-tabiat ini perlu dielakkan kerana kebanyakannya tidak memberikan kebaikan dalam diri masing-masing.. Antaranya ialah :-

 1. Tabiat buruk yang pertama iaitu menggigit kuku jari. dalam kuku ada banyak bakteria yang terlekat terutama bila kuku jari panjang. Segala bentuk kotoran dan bakteria hinggap kat situ.Dengan gigitan tersebut mengundang risiko jangkitan kuman ke dalam perut.. Ceh, rasa cam doktor plak.. He hehe. Tapi betul rasanya.. Kalau tak percaya boleh tanya doktor berdekatan anda..

2. Baca suratkhabar bermula dari belakang. Sebenarnya tabiat ni biasa berlaku pada ramai orang terutama lelaki. Bukan sebab pengaruh komik Jepun tapi sebab membaca halaman sukan. Itu yang minat sukan, ada juga insan-insan terpilih yang langsung tak minat sukan tapi buka muka belakang tu. Lepas je baca berita tu biasanya mereka akan menepuk dahi atau pun meja. Berita apakah itu?? Cubalah teka ye…

3. Mengeteh malam-malam. Tahukah anda perkataan ‘mengeteh’ ? Ala lepak-lepak di kedai makan tak kiralah samada warung mamak, restoran ataupun kopi tiam. Ramai je lepak sana dengan bermodalkan hanya segelas kopi.. Ada yang melayan bolasepak, gusti, Akademi Fantasia, drama, filem. Sanggup mencari ‘port’ terbaik untuk menyaksikan rancangan kegemaran.
Yang terkini, tabiat mengeteh disebabkan untuk menggunakan kemudahan ‘wifi’ di restoran yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada yang berjam-jam lepak kat kedai makan semata-mata nak main ‘Farmville’.. Ada ke patut?? Tokei kedai pun pening kepala camni..
gambar sape tah ni.. main sebat je, hehe

4. Tidur selepas makan.. Ini tabiat yang tak elok ni.. Memanglah otot-otot badan akan mula merasakan ‘simptom ‘ mengantuk. Tapi kalau diamalkan ianya mampu memberikan kesan terhadap kesihatan. Selain kapasiti kolestrol akan bertambah ia mampu memberi kesan sampingan lain. Ingat tu!
Tabiat makan yang tak seimbang. Bila makan gula lebih, garam lebih, aji lebih.. Mana tak LEBIH mudah kena penyakit.. 
 
5.Tabiat melenggah-lenggah ketika solat.. Samada solat fardhu atau solat Jumaat. Banyak diperhatikan bila solat Jumaat ada insan-insan yang lepak-lepak sambil berbual kosong dekat parking motosikal atau kedai berdekatan. Bila doa sebelum qamat, berebut-rebut pergi ambil wudhu.. Yang lagi tak boleh tu, imam baru je salam dah jalan ke kenderaan memasing.. Adoyai…

6. Tabiat merokok.. Ah yang ni tak payah cerita panjang la kan.. Bukannya mereka nak layan pun.. Sedangkan depan kotak rokok tu pun dah ada gambar-gambar yang ngeri pun tak jalan lagikan tulisan blogger camni -_-"