Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Khamis, 29 November 2012

Fitnah Wanita : Jangan Pandang Enteng!




Kalaulah Allah ciptakan manusia tetapi tidak memberikan panduan kepada manusia mengenai cara untuk hidup, maka zalimlah Allah. Sebagaimana zalimnya pencipta kereta yang tidak menyediakan manual penggunaan kereta. Maha Suci Allah dari sifat zalim, bahkan Allah adalah tuhan yang Maha Adil. Tidak sesekali Allah menzalimi manusia melainkan manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka.

Hakikatnya, manusia dicipta beserta panduan bagaimana untuk hidup. Panduan-panduan itu menjelaskan banyak perkara. Itu boleh, ini pula tak boleh. Itu disuruh, ini pula dilarang. Di sebalik kesemuanya, ada hikmah besar yang tersembunyi untuk kebaikan ummat manusia. Demikianlah aturan Allah Sang Raja yang Maha Bijasana.

Salah satu panduan yang diberikan oleh Allah dan disampaikan melalui lisan RasulNya yang mulia adalah betapa pentingnya menjaga diri dari fitnah kaum wanita.
Sabda Nabi s.a.w :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “ [ H.R Bukhari ]

Salah satu makna fitnah yang bertepatan dengan takrifan di atas adalah nas dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini. Iaitu tidak ada ujian atau cubaan yang lebih besar ditinggalkan oleh Nabi s.a.w ke atas ummatnya melainkan ujian dan cubaan dari kaum wanita.


TEBALNYA IMAN ?

” Takpe, aku tahu jaga diri. Janganlah rigid sangat. Aku dan dia cuma contact atas dasar kerja, dan sesekali berkongsi masalah. Tak ada melibatkan hati pun, jangan risaulah. Lagi pun dia bukan taste aku..”.

Demikian jawapan si jejaka berjanggut sejemput apabila ditegur.

Pemerhatian saya, ramai lelaki menganggap fitnah wanita hanya menyentuh perihal hati, atau lebih jelas, soal jatuh hati. Maknanya, selagi mereka mampu jaga hati dari jatuh hati, atau selagi mereka yakin mereka tidak akan jatuh hati, maka tidak ada apa yang hendak dirisaukan.

” Alah. Aku dah ada tunang. Tunang aku kawan baik dia kot. Takkanlah nak jatuh hati pulak. Kitorang just rapat, tu je..”

” Mustahillah nak ada apa-apa perasaan. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri..”

Seorang lagi juga dengan nada yang sama : ” Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri, takde apa-apa lah..”


Cinta suatu yang suci. Jatuh hati atas dasar cintakan agama, mahu memiliki zuriat dan membina sebuah perkahwinan yang halal adalah hasrat dan tujuan yang suci. Syaitan TIDAK membantu benda yang suci. Dia hanya membuka pintu kejahatan dan kekotoran.

Justeru, yang digoda antara lelaki dan wanita bukan untuk jatuh hati, tetapi untuk melakukan perkara-perkara faahisyah ( keji ) dan mungkar!

Maka apabila dua anak adam berlainan jantina berhubung atas sesuatu tujuan yang syar’ie sekalipun, syaitan tidak akan duduk diam. Meskipun kedua-duanya tidak ada alasan untuk jatuh hati antara satu sama lain, tetapi mereka masih punya alasan untuk jatuh nafsu antara satu sama lain!


TERPIKAT

Target syaitan adalah memastikan kita (lelaki) terpikat dengan kaum wanita. Biar apapun status wanita tersebut. Celah mana ada kelompongan, syaitan akan pantas mengambil jalan. Sebab itu soal ikhtilat wajib dititikberatkan. Ia wajib menjadi antara fokus utama dakwah dalam masyarakat, apatah lagi buat mereka yang mempunyai kuasa.

Soal siapa si wanita, itu tidak penting. Berapa umurnya, statusnya, guru, ustazah, apa sahaja. Semua itu tidak menjadi halangan untuk syaitan mencari jalan supaya para lelaki terjerumus ke kancah zina dan maksiat.

Ambillah ibrah dari betapa banyak kisah yang sampai kepada kita.

Ada di antaranya, di peringkat awal langsung tidak pernah suka, bahkan mendabik dada ‘mustahil untuk suka’. Katanya, si wanita tidak cantik rupa. Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan tonjolkan ‘kecantikan’ si wanita, di kala si lelaki lupa bahawa cantik pada wanita bukan semata-mata rupa parasnya. Bahkan antara faktor cantiknya wanita adalah keterampilan dan cara si wanita membawa diri dalam pergaulannya. Cara bercakap, cara senyum, cara memberi respon, cara bertanya dan seribu satu yang lain. Inilah keunikan wanita dan inilah juga lubang-lubang yang di ambil kesempatan oleh syaitan bagi menyesatkan para jejaka.
eh.. cantik pulak rama2 tu, dulu bentuk ulat je


Takutlah kamu kepada fitnah wanita. Apabila Nabi s.a.w sendiri yang mengingatkan, maka yakinlah bahawa impak daripadanya sangatlah besar. Jangan dipandang enteng dan jangan diambil mudah. Jangan diperkecilkan soal ikhtilat antara lelaki dan wanita. Jangan diambil ringan hubungan-hubungan yang tidak terjaga atas nama ‘biasa-biasa saja’.

Rabu, 21 November 2012

Tafakur Zikraa



Tafakur..

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…


Khamis, 15 November 2012

nak permata tak?





Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya.

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita?


Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Selasa, 13 November 2012

Tabiat manusia yang perlu dielakkan



Memang manusia mempunyai banyak tabiat yang pelik pada sesetengah orang. Namun untuk mengubahnya perlukan sesuatu yang luar biasa, terutama tabiat yang telah tertanam dalam jiwa masing-masing sejak puluhan tahun lagi.

Untuk entri kali ini elok kiranya saya membincangkan tentang tabiat manusia yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Tabiat-tabiat ini perlu dielakkan kerana kebanyakannya tidak memberikan kebaikan dalam diri masing-masing.. Antaranya ialah :-

 1. Tabiat buruk yang pertama iaitu menggigit kuku jari. dalam kuku ada banyak bakteria yang terlekat terutama bila kuku jari panjang. Segala bentuk kotoran dan bakteria hinggap kat situ.Dengan gigitan tersebut mengundang risiko jangkitan kuman ke dalam perut.. Ceh, rasa cam doktor plak.. He hehe. Tapi betul rasanya.. Kalau tak percaya boleh tanya doktor berdekatan anda..

2. Baca suratkhabar bermula dari belakang. Sebenarnya tabiat ni biasa berlaku pada ramai orang terutama lelaki. Bukan sebab pengaruh komik Jepun tapi sebab membaca halaman sukan. Itu yang minat sukan, ada juga insan-insan terpilih yang langsung tak minat sukan tapi buka muka belakang tu. Lepas je baca berita tu biasanya mereka akan menepuk dahi atau pun meja. Berita apakah itu?? Cubalah teka ye…

3. Mengeteh malam-malam. Tahukah anda perkataan ‘mengeteh’ ? Ala lepak-lepak di kedai makan tak kiralah samada warung mamak, restoran ataupun kopi tiam. Ramai je lepak sana dengan bermodalkan hanya segelas kopi.. Ada yang melayan bolasepak, gusti, Akademi Fantasia, drama, filem. Sanggup mencari ‘port’ terbaik untuk menyaksikan rancangan kegemaran.
Yang terkini, tabiat mengeteh disebabkan untuk menggunakan kemudahan ‘wifi’ di restoran yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada yang berjam-jam lepak kat kedai makan semata-mata nak main ‘Farmville’.. Ada ke patut?? Tokei kedai pun pening kepala camni..
gambar sape tah ni.. main sebat je, hehe

4. Tidur selepas makan.. Ini tabiat yang tak elok ni.. Memanglah otot-otot badan akan mula merasakan ‘simptom ‘ mengantuk. Tapi kalau diamalkan ianya mampu memberikan kesan terhadap kesihatan. Selain kapasiti kolestrol akan bertambah ia mampu memberi kesan sampingan lain. Ingat tu!
Tabiat makan yang tak seimbang. Bila makan gula lebih, garam lebih, aji lebih.. Mana tak LEBIH mudah kena penyakit.. 
 
5.Tabiat melenggah-lenggah ketika solat.. Samada solat fardhu atau solat Jumaat. Banyak diperhatikan bila solat Jumaat ada insan-insan yang lepak-lepak sambil berbual kosong dekat parking motosikal atau kedai berdekatan. Bila doa sebelum qamat, berebut-rebut pergi ambil wudhu.. Yang lagi tak boleh tu, imam baru je salam dah jalan ke kenderaan memasing.. Adoyai…

6. Tabiat merokok.. Ah yang ni tak payah cerita panjang la kan.. Bukannya mereka nak layan pun.. Sedangkan depan kotak rokok tu pun dah ada gambar-gambar yang ngeri pun tak jalan lagikan tulisan blogger camni -_-" 

Rabu, 31 Oktober 2012

entri khas sempena aidiladha




3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
 لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،
 اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar (3x)
Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah

Erm apa tu hari raya aidiladha? Ok kat sini nak kongsi sikit info yang aku dapat.

 Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan ibadah haji. Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Pada hari kemenangan ini, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir raya Aidilfitri. Sebabnya, dengan kita bertakbir, hari raya akan dapat dirasai kurniaannya dan dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran dan keagungan Allah SWT, takbir kita sebut “Allahu Akbar”.

Orait, harap semuanya clear mengenai hari raya aidiladha ni ^_^. Hari raya ni best sebenaqnya kalau kita dapat hayati betul2, kalau asyik duduk berehat je dalam rumah, tengok TV, online, tidoq memang la tak best.

Alhamdulillah tahun ni berkesempatan meraikan hari mulia ni bersama keluarga tercinta, bertambah manis sebab all my family members dapat kumpul sekali. Yeayy, bukan senang tau. Abah kadang2 kena gi kerja ad hoc, kakak sekarang stay kat KL, abang pulak kerja kat Penang, aku? hurm still belajaq kat Melaka, UTeM ‘tercinta’ tu. So, tinggallah just dua orang adik aku ni temankan mak abah. Bila dapat kumpul sekali, baru la riuh sikit rumah tu. Tambah pulak aku ni jenis hobi menyakat adik, memang riuh suara dia jelah kat rumah. Nanti dah besaq confirm dia dendam dengan aku. haha sorry adik, I love u sooooo much bro!! XD
kecik2 lagi dah convo :)

sori kak yong, gambar ni gelap la pulak ^_^
jangan pandang rendah ok.. walaupon kecik,
tapi 2-2 adik pandai berenang..
macam abah dia :D
sori ye adik.. hehe selalu kena kacau <3
sebab bila marah nampak comel je ^_^

Pada hari raya kedua, aku dengan Abangah berkesempatan gi tolong orang korban lembu. Mula-mula tu malas la jugak, lepas tengok mak abah buat muka garang, aku jadi rajin terus tiba-tiba..haha.
love mak & abah <3

Kalau tak silap, hari tu 6 ekor lembu dijadikan korban. Apa yang aku boleh tengok, tak ramai yang turun membantu, takpela mana yang ada tu pon cukup je. yang lain-lain tu ada hal kot hari tu.

Yang agak bestnya, hari tu ada dapat baju free untuk mereka yang turun membantu, PERKIM sponsor. tapi bilangan macam terhad, untung abangah sempat dapat baju tu, aku tengok ada jugak yang tak dapat, haha tak kisah la. yang penting apa niat kita datang pagi tu.
ni dia abangah.. awat muka nampak lain? haha

Berkat kerjasama dan saling membantu, alhamdulillah semua kerja selesai agak awal berbanding tahun sebelumnya, dalam pukul 10.30 pagi. Erk.. abis satu badan aku berbau lembu hari tu. Walaupon penat, tapi aku rasa berbaloi sebab pengalaman yang sangat best. Hehe tahun depan nak join lagi lah, insyaAllah ^_^

Balik tu pulak, sempat la tidoq jap lepas mandi, hilang sikit bau lembu kat badan.. huhu penat kot. Pastu tengah hari kena gi rumah kawan abah (Pakcik Adi), ada kenduri kahwin anak dia hari tu. Hehe bila tengok orang kahwin ni aku pon rasa macam nak kahwin jugak, tapi apakan daya~ . . . aish!!
kenangan raya tahun lepas

Ok tu je kot nak kongsi untuk kali ni. sori kalau ada salah tulis. selamat hari raya aidiladha ^_^
hehe sempat jadi wartawan jap hari tu..

     
kalau nak tengok gambaq detail buleh tengok kat sini 

Khamis, 11 Oktober 2012

Kelebihan dan kekurangan orang kidal seperti aku


Assalamualaikum, untuk entri kali ni nak cerita pasal orang tangan kidal. :)

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kiri.


Kelebihan Orang Kidal

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.


Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.


Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.


Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.





Hubungan kidal dengan otak...


 
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. 
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.  

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

(p/s: yep!! true, i like music and drawing. hurm patutla orang2 tangan kanan ni kadang2 membosankan.. hehe)

orang kidal ni pon ada kekurangan dia jugak, tapi sengaja tak nak tulis or bagitau kat sini, hehe ^_^

 

 

“only left-handed are in their right minds”