Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Rabu, 21 November 2012

Tafakur Zikraa



Tafakur..

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…


Khamis, 15 November 2012

nak permata tak?





Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya.

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita?


Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Selasa, 13 November 2012

Tabiat manusia yang perlu dielakkan



Memang manusia mempunyai banyak tabiat yang pelik pada sesetengah orang. Namun untuk mengubahnya perlukan sesuatu yang luar biasa, terutama tabiat yang telah tertanam dalam jiwa masing-masing sejak puluhan tahun lagi.

Untuk entri kali ini elok kiranya saya membincangkan tentang tabiat manusia yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Tabiat-tabiat ini perlu dielakkan kerana kebanyakannya tidak memberikan kebaikan dalam diri masing-masing.. Antaranya ialah :-

 1. Tabiat buruk yang pertama iaitu menggigit kuku jari. dalam kuku ada banyak bakteria yang terlekat terutama bila kuku jari panjang. Segala bentuk kotoran dan bakteria hinggap kat situ.Dengan gigitan tersebut mengundang risiko jangkitan kuman ke dalam perut.. Ceh, rasa cam doktor plak.. He hehe. Tapi betul rasanya.. Kalau tak percaya boleh tanya doktor berdekatan anda..

2. Baca suratkhabar bermula dari belakang. Sebenarnya tabiat ni biasa berlaku pada ramai orang terutama lelaki. Bukan sebab pengaruh komik Jepun tapi sebab membaca halaman sukan. Itu yang minat sukan, ada juga insan-insan terpilih yang langsung tak minat sukan tapi buka muka belakang tu. Lepas je baca berita tu biasanya mereka akan menepuk dahi atau pun meja. Berita apakah itu?? Cubalah teka ye…

3. Mengeteh malam-malam. Tahukah anda perkataan ‘mengeteh’ ? Ala lepak-lepak di kedai makan tak kiralah samada warung mamak, restoran ataupun kopi tiam. Ramai je lepak sana dengan bermodalkan hanya segelas kopi.. Ada yang melayan bolasepak, gusti, Akademi Fantasia, drama, filem. Sanggup mencari ‘port’ terbaik untuk menyaksikan rancangan kegemaran.
Yang terkini, tabiat mengeteh disebabkan untuk menggunakan kemudahan ‘wifi’ di restoran yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada yang berjam-jam lepak kat kedai makan semata-mata nak main ‘Farmville’.. Ada ke patut?? Tokei kedai pun pening kepala camni..
gambar sape tah ni.. main sebat je, hehe

4. Tidur selepas makan.. Ini tabiat yang tak elok ni.. Memanglah otot-otot badan akan mula merasakan ‘simptom ‘ mengantuk. Tapi kalau diamalkan ianya mampu memberikan kesan terhadap kesihatan. Selain kapasiti kolestrol akan bertambah ia mampu memberi kesan sampingan lain. Ingat tu!
Tabiat makan yang tak seimbang. Bila makan gula lebih, garam lebih, aji lebih.. Mana tak LEBIH mudah kena penyakit.. 
 
5.Tabiat melenggah-lenggah ketika solat.. Samada solat fardhu atau solat Jumaat. Banyak diperhatikan bila solat Jumaat ada insan-insan yang lepak-lepak sambil berbual kosong dekat parking motosikal atau kedai berdekatan. Bila doa sebelum qamat, berebut-rebut pergi ambil wudhu.. Yang lagi tak boleh tu, imam baru je salam dah jalan ke kenderaan memasing.. Adoyai…

6. Tabiat merokok.. Ah yang ni tak payah cerita panjang la kan.. Bukannya mereka nak layan pun.. Sedangkan depan kotak rokok tu pun dah ada gambar-gambar yang ngeri pun tak jalan lagikan tulisan blogger camni -_-" 

Rabu, 31 Oktober 2012

entri khas sempena aidiladha




3x اللهُ Ø£َÙƒْبَرُ، اللهُ Ø£َÙƒْبَرُ، اللهُ Ø£َÙƒْبَرُ،
 Ù„Ø¢ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَ اللهُ Ø£َÙƒْبَرُ،
 Ø§Ù„لهُ Ø£َÙƒْبَرُ ÙˆَÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ الْØ­َÙ…ْدُ

Allah Maha Besar (3x)
Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah

Erm apa tu hari raya aidiladha? Ok kat sini nak kongsi sikit info yang aku dapat.

 Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan ibadah haji. Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Pada hari kemenangan ini, kita disunatkan untuk meraikannya dengan melaungkan takbir raya Aidilfitri. Sebabnya, dengan kita bertakbir, hari raya akan dapat dirasai kurniaannya dan dihayati sehingga melahirkan rasa kesyukuran atas kebesaran dan keagungan Allah SWT, takbir kita sebut “Allahu Akbar”.

Orait, harap semuanya clear mengenai hari raya aidiladha ni ^_^. Hari raya ni best sebenaqnya kalau kita dapat hayati betul2, kalau asyik duduk berehat je dalam rumah, tengok TV, online, tidoq memang la tak best.

Alhamdulillah tahun ni berkesempatan meraikan hari mulia ni bersama keluarga tercinta, bertambah manis sebab all my family members dapat kumpul sekali. Yeayy, bukan senang tau. Abah kadang2 kena gi kerja ad hoc, kakak sekarang stay kat KL, abang pulak kerja kat Penang, aku? hurm still belajaq kat Melaka, UTeM ‘tercinta’ tu. So, tinggallah just dua orang adik aku ni temankan mak abah. Bila dapat kumpul sekali, baru la riuh sikit rumah tu. Tambah pulak aku ni jenis hobi menyakat adik, memang riuh suara dia jelah kat rumah. Nanti dah besaq confirm dia dendam dengan aku. haha sorry adik, I love u sooooo much bro!! XD
kecik2 lagi dah convo :)

sori kak yong, gambar ni gelap la pulak ^_^
jangan pandang rendah ok.. walaupon kecik,
tapi 2-2 adik pandai berenang..
macam abah dia :D
sori ye adik.. hehe selalu kena kacau <3
sebab bila marah nampak comel je ^_^

Pada hari raya kedua, aku dengan Abangah berkesempatan gi tolong orang korban lembu. Mula-mula tu malas la jugak, lepas tengok mak abah buat muka garang, aku jadi rajin terus tiba-tiba..haha.
love mak & abah <3

Kalau tak silap, hari tu 6 ekor lembu dijadikan korban. Apa yang aku boleh tengok, tak ramai yang turun membantu, takpela mana yang ada tu pon cukup je. yang lain-lain tu ada hal kot hari tu.

Yang agak bestnya, hari tu ada dapat baju free untuk mereka yang turun membantu, PERKIM sponsor. tapi bilangan macam terhad, untung abangah sempat dapat baju tu, aku tengok ada jugak yang tak dapat, haha tak kisah la. yang penting apa niat kita datang pagi tu.
ni dia abangah.. awat muka nampak lain? haha

Berkat kerjasama dan saling membantu, alhamdulillah semua kerja selesai agak awal berbanding tahun sebelumnya, dalam pukul 10.30 pagi. Erk.. abis satu badan aku berbau lembu hari tu. Walaupon penat, tapi aku rasa berbaloi sebab pengalaman yang sangat best. Hehe tahun depan nak join lagi lah, insyaAllah ^_^

Balik tu pulak, sempat la tidoq jap lepas mandi, hilang sikit bau lembu kat badan.. huhu penat kot. Pastu tengah hari kena gi rumah kawan abah (Pakcik Adi), ada kenduri kahwin anak dia hari tu. Hehe bila tengok orang kahwin ni aku pon rasa macam nak kahwin jugak, tapi apakan daya~ . . . aish!!
kenangan raya tahun lepas

Ok tu je kot nak kongsi untuk kali ni. sori kalau ada salah tulis. selamat hari raya aidiladha ^_^
hehe sempat jadi wartawan jap hari tu..

     
kalau nak tengok gambaq detail buleh tengok kat sini 

Khamis, 11 Oktober 2012

Kelebihan dan kekurangan orang kidal seperti aku


Assalamualaikum, untuk entri kali ni nak cerita pasal orang tangan kidal. :)

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kiri.


Kelebihan Orang Kidal

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.


Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.


Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.


Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.





Hubungan kidal dengan otak...


 
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. 
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.  

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

(p/s: yep!! true, i like music and drawing. hurm patutla orang2 tangan kanan ni kadang2 membosankan.. hehe)

orang kidal ni pon ada kekurangan dia jugak, tapi sengaja tak nak tulis or bagitau kat sini, hehe ^_^

 

 

“only left-handed are in their right minds”

Rabu, 19 September 2012

Sabo jela!


Assalamualaikum dan salam sejahtera, (macam pembaca berita plak.. ^^)

hmm, asyik terlupa je buka blog ni. sejak masuk utem ni aku dapat rasakan masa semakin kurang untuk diriku, famili and so on, kalau tak pandai manfaat masa betul2, hmm abis hanyut la aku dalam dunia yang serba mencabar ni. banyak masa diluangkan untuk perkara lain. yeah!! kena banyak bersabar, may Allah pay @ replace something better for u. :)

alang2 dapat on9 petang ni, layan jelah kejap.. hehe actually i've no idea what should i share with u. kebetulan hari ni aku tenshen skit, nak share pasal 'sabo jela!' :). Dalam kita melalui apa punlah dugaan hidup, peganglah pada satu prinsip bahawa menahan sabar, memberi maaf itu adalah kunci kepada segala kelemahan diri.
adoi.. terjatuh plak

hari ni, awal pagi lagi dah kelam kabut.. hari ni kelas start pukul 8 pagi, aisey bangun lambat plak tadi dalam pkul 6.30 pagi. kelam kabut mandi, solat.. yang paling best tak sempat sarapan, sabo jela!
huu.. dah pukul brapa ye? rileks jap la..

pastu dalam kelas tadi, Dr Ismi Rajiani ( merangkap Penasihat Akademik aku) masuk mengajar. apa yang dia ajar tadi aku tak berapa faham sangat, hilang fokus kot tadi.. rasa macam rugi masuk kelas. time tu juga dapat mesej dari kawan aku, tanya follow up pasal ustaz untuk jemputan program KPI nanti, oh kejap.. nak terangkan KPI ni Karnival Penghayatan Islam, anjuran BADAR UTeM (haa.. cuba click). pastu kena follow up jumlah tajaan. bertambah hilang fokusku dalam kelas tadi. pastu masuk dalam group discussion, bukan main blurr aku tadi. tak tau apa nak buat dalam group, untung ada group members backup..hehe selamat. last, sebelum abis kelas tadi semua berebut untuk sign attendance.. tak pasal2 aku terlibat jadi mangsa tolak menolak.. adoi, sabo jela!

ok, habis part waktu pagi, part tengah hari plak.. after makan tengah hari tadi, seperti biasa aku nak balik rumah, kat motel bukit serindit. nak dijadikan cerita, baru nak start 'merempit'.. enjin moto tiba2 mati, last2 dapat tau moto kehabisan minyak. what?? apo nak dikato.. sabo jela! mau tak mau terpaksa la aku tolak kuda hitam aku tu gi stesen minyak shell berdekatan. untung stesen tu dekat je dengan kampus, kalau tak.. hmm alamat jadi ayam panggang la aku kat sana. panas kot cuaca tadi, kalau ada salji takpe jgak kn? boleh makan.. huu malu gilerr gi jalan tadi. sabo jela!

pergh.. moto tak nak kalah, insyaAllah akan kumiliki nanti

petang, dah sampai rumah.. setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, solat zohor.. aku try call sorang ustaz ni, untuk follow up jemputan program KPI (forum i believe). dalam hati punyalah berbunga bunga harap dia free dan terima jadi penceramah. huu kecewa lagi, dia ada program plak sebelum hari kejadian, takut tak sempat gi utem nanti.. so kesimpulannya, aku kena cari orang lain untuk ganti dia. dalam hati berkata lagi, sabo jela!

Jadi, kita ni sebagai orang yang boleh berfikiran waras, maka terimalah setiap keadaan dan situasi itu seadanya. musibah itu sekadar ujian. medan untuk melihat sejauh mana kekuatan diri kita. bersangka baiklah dengan Allah. aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. be strong.. strong.. remember this words ya kawan2, "Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi dia bagi apa yang kita perlu". ayat ni la yang selalu bagi motivasi kat aku, selain perkataan sabo jela! hehe.
Allah SWT berfirman dalam surah asy-syura, 43 : tetapi barang siapa bersabar dan memaaafkan,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." ali imran, 200

Isnin, 16 Julai 2012

wahai pemuda


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga saat ini di muka bumi serta melaksanakan perintahNya insyaAllah. Selawat dan salam buat pemimpin kita Nabi Muhammad SAW yang menyeru bertaqwa kepada Allah SWT yang maha membuka pintu taubat, rezeki dan sebagainya serta kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW. Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Pemuda, sama ada lelaki mahupun wanita sememangnya merupakan asset yang sangat berharga bagi sesebuah negara.

Pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, pemuda juga menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. tidak dinafikan pasti akan ada cabaran yang akan kita hadapi bila melalui jalan ini. persiapkan diri kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan, mungkin dari segi harta, kepenatan, kecewa, tidak selesa dan sebagainya. Kalaulah nak melupakan sesuatu dalam fikiran itu senang seperti kita mendelete file dalam computer.. mesti best kan, tak perlu lagi ingat perkara-perkara yang mengganggu diri kita. Namun perlu disedari, hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Ok, back to the point, marilah kita berusaha untuk menjadi pemuda yang menjadi harapan yang bukan hanya kepada negara, tetapi untuk agama!  
sekadar gambar hiasan


Wanita itu akan kelihatan baik akhlaknya jika dirinya dihiasi dengan sifat malu. Sifat malu itu adalah fitrah. Andai sifat malu kian terhakis, kecantikan serta akhlaknya juga kian pudar. Peliharalah sebaiknya kerana sifat malu itu fitrah. Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran dan sebagainya. Di sini saya nak kongsikan sedikit petikan lirik dari nasyid impian kasih.



Ayatnya nampak simple tetapi maknanya yang cukup mendalam serta terselit nasihat yang sangat berguna dalam kehidupan kita. “jangan kau dengar fitnah dunia, kerana ianya dusta semata, menghancurkan kesucian, jalinan kebahagiaan”. Bagi saya, maksud lirik tu ialah dunia ini ada banyak kepalsuan. Sudut yang paling merbahaya kepada manusia terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping pengaruh manusia lain di sekeliling. Kuatkan benteng diri dengan mendampingi insan yang baik akhlaknya serta berusahalah sebaik mungkin dalam menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, seperti memperbanyakkan doa dan amalan sunat.



Sementara lelaki pula dinilai dari pelbagai aspek, terutama dari segi tutur katanya, bertanggungjawab dan akhlak mulia. Perlu diingat Allah SWT ciptakan lelaki dengan sedikit kelebihan berbanding wanita bukanlah kerana tujuan saja-saja. Lelaki itu adalah pelindung, sekaligus merupakan pemimpin bagi kaum wanita.


Peranan ini amat jelas dalam firman Allah SWT dalam surah An-nisaa’ ayat 34: “lelaki itu pelindung kepada perempuan, kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya…”. Oleh itu bijaksanalah dalam menghadapi atau menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Jadikan alquran dan sunnah sebagai bahan rujukan yang paling utama.

Teladani sirah dalam membuat sesuatu keputusan, sebagaimana pesanan baginda SAW pada khutbah baginda yang terakhir: “…ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tiada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH ku….”.

Kefahaman agama merupakan suatu nikmat besar daripada Allah SWT kepada mana-mana hamba yang dikendakiNya. Ia juga tanda bahawa Allah SWT mahukan kebaikan kepada hamba berkenaan, sebagaimana dinyatakan oleh Nabi SAW sebuah hadis sahih yang berbunyi: “sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya kefahaman yang mendalam tentang agama”. semoga kita dipilih oleh Allah SWT menjadi golongan yang dikasihiNya.


Akhir kata, saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia memberi taufik dan hidayah, serta perlindungan dari segala macam bahaya kepada diri saya sendiri, dan kepada saudara muslimin muslimat sama ada di dunia mahupun akhirat. Amin.