Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Rabu, 20 Jun 2012

Ayuh bersama sama kita amalkan




Assalamualaikum.. alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kita selama ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Buat para pembaca, moga dalam keadaan sihat sejahtera. Untuk kali ini tak banyak saya nak cerita, sekadar nak berkongsi mengenai selawat yang boleh kita amalkan.

Berkata Sultanul Arifin Al Imam Jalaluddin As Suyuthi rahimahulLahu Ta’ala anhu di dalam kitabnya Al Wasail Fi Syarhi As Syamail berkata:
“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan maulid Nabi SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah. Sesungguhnya malaikat-malaikat al Mutawaqqun bin Nur (Yang Berkalung Cahaya iaitu jibrail, Israfil, Qirbail dan I’nail), as Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris), al Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi A’rasy), dan al Kurbiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang-orang yang di dalam kesusahan) akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW”

Setiap amalan ibadat yang kita lakukan sebaik2nya kita faham. Proses pemahaman ada beberapa peringkat, dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar. Adalah lebih baik kita amalkan perkara2 yang mudah dahulu dan senang faham daripada terus ke peringkat yang lebih tinggi dan sukar difahami.

Contohnya selawat atas Nabi SAW. Amalkan selawat yang mudah dan ringkas terlebih dahulu secara berterusan dan jangan menafikan kelebihannya. Antaranya selawat yang selalu dibaca oleh khatib yang membaca dalam khutbah Jumaat. Kenapa selawat (rukun) tersebut menjadi pilihan dan dibaca dalam khutbah Jumaat. Sebab banyak fadhilatnya.

Antara contoh selawat yang nak saya kongsi disini:

1.selawat fatih


Ulama mengamalkanyan . Kelebihan selawat fatih ini sangat banyak terutamanya untuk menjaga hati kita , untuk melembutkan hati dan untuk hati kita mudah menerima nur hidayah, nur iman, nur islam, nur makfira, nur ilmu dan hikamah2 .
Ada ulama mengatakan andai kita mengamalkan selawat ini Allah akan membuka pintu2 hikmah. InsyaAllah andai kita amalkan selawat mulia ini kita akan merasai kemanisan mengamalhan agama dalam kehidupan, hati kita tenang, dan belajar mudah faham.

2.selawat syifaa


Selawat syifaa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, contohnya dalam link ni : 
-syiriknya-selawat-syifa- tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

3.selawat burdah

مولى صل وسلم دائما ابدا # على حبيبك خير خلق كلهم


* Ya Allah selawat dan salam selalu dan selamanya

* Buat kekasih Engkau (Muhammad s.a.w.) sebaik-baik ciptaan Allah sekaliannya

selawat ni memang femes, selalu dibaca waktu habis solat

4.selawat murah rezeki



nak share maksud dia kat sini:
Ya Allah rahmati, dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad SAW.. dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami, bertambah baiknya akhlak kami. dan kurniakanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.

 "sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu juga berselawat dan mengucapkan salam ke atas Baginda" (Al-Ahzab : ayat 56)



Marilah sama-sama kita amalkan selawat sebab, lebih banyak kita berselawat, lebih banyak manfaat yang kita dapat insyaAllah. kalau tak boleh buat banyak-banyak, cuba buat sikit-sikit dulu, try to improve it dari semasa ke samasa. Kita akan terasa berdampingan dengan Rasulullah, rasa dekat dihati.


Sabtu, 19 Mei 2012

Solat Sunat


Assalamualaikum dan salam sejahtera, rindu kat blog ni... dah hampir sebulan rupanya aku tak update blog.. gara-gara tenggelam dengan kesibukan dunia, chewah.. hehe ok, alhamdulillah pagi ni free skit, kejap lagi petang and malam 'sibuk' balik.. ^_^ so nak ambil kesempatan yang kejap ni untuk update blog. untuk kali ni aku nak share sikit mengenai solat sunat, topik ni ringan je tapi jangan ambil ringan ye.. muhasabah diri, semoga ianya memberi manfaat kepada semua..

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah solat.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan Dia Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'. Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'
(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


kalau nak senang faham, solat sunat ni top up untuk solat fardhu kita tu.. sebab bila solat ni belum tentu ia sempurna.. ada sesiapa kat sini yang yakin amalan solatnya sentiasa sempurna? kalau ada memang respek ar.. hehe ok, sekian untuk perkongsian pagi ni, selamat menunaikan ibadat ^_^ 

macam henset juga, kalau agak-agak nak abis kredit tu cepat2 la top up ye.. hehe peace


Rabu, 25 April 2012

10 PERKARA YANG SIA-SIA






Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
والله اعلم

Khamis, 5 April 2012

Muhasabah - Antara Sebab Hati Tidak Bahagia


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah syukur pada Allah SWT sebab masih lagi dapat kita pada hari ini mengirup udara segar utk meneruskan kehidupan. bersyukur juga sebab sekarang kita dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram di bumi yang bertuah ni, tak ada pertumpahan darah, pertempuran dan sebagainya. tak juga dilupakan kepada saudara-saudara seislam di Palestin dan negara Islam yang lain. semoga saudara-saudara kita diberi ketabahan dan kecekalan dalam menghadapi ujian dari Allah SWT. sesungguhnya hanya Dialah yang berkuasa dan mengetahui atas segala sesuatu yang berlaku, yang sememangnya setiap yang berlaku terselit hikmah yang menjadi rahsiaNya.  baiklah hari ni saya ingin berkongsi sikit apa yang saya dapat. insyaAllah semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. pesanan untuk dari sendiri dan sahabat-sahabat.. di sini ada beberapa faktor kenapa hati kita tak tenang. semoga kita jauhi sifat tersebut..

Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak ada dalam diri manusia

Pendendam - tersembunyi. Ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun dengan cara yang bagaimana sekalipun. Dia sentiasa berazam untuk menyakitkan hati dan menempelak orang yang dia dendami.

Tidak sabar - Apabila perkara kecil pun kita tak boleh sabar, apatah lagi perkara yang besar-besar.

Ego - Boleh dikatakan antara ibu kepada segala mazmumah. Ia membuat seserang berasa sangat tidak tenang. Orang yang ditimpa dengan penyakit ini sangat pantang diuji baik secara zahir ataupun yang batin.

Sabtu, 24 Mac 2012

Jauhi sifat ini

  Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." 
Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" 
Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

JANGAN ada benci, dendam dan dengki di dalam hati..FIKIR dan KIRA sekarang, berapa ramai orang yang kamu dengki dan benci? Dan kemudian, GANDAKAN bilangan itu kepada dua kali ganda..itulah jumlah orang-orang yang akan MEMBENCI DAN MENDENGKI kepadamu semula..maka, carilah RUANG dan PELUANG untuk BERMAAFAN antara satu sama lain..


p/s : Ingatlah, dunia ini SEMENTARA, dan MATI itu PASTI..cuma waktunya kita tidak dapat tentukan..oleh itu, BERHATI-HATI dalam kehidupan yang sementara ini..TAKUT waktu mati kita adalah saat kita SEDANG BENCI MEMBENCI..

Rabu, 14 Mac 2012

Muhasabah diri lagi...



Aku sendiri pon tak tau sama ada post ni sebenarnya muhasabah diri or luahan perasaan, or maybe gabungan kot. huhu ntah.. layann~

-muhasabah diri, soleh2.. kenape selalu bertindak dan berfikiran tak matang, padahal umur tu dah tua. bila la nak improve diri tu? bosan dengan diri sendiri, banyak lagi benda nak fikir.

-bila diuji sikit, senang sangat susah hati, takut plak tak kena tempat. at least ikhtiar la dulu, cube cari jalan penyelesaian.. kenape jadi lembik sangat? ape la ko ni. ubah sikit tabiat tu.. huh!!


-suka buang masa plak tu kadang2, sebab tu keja selalu jadi kelam kabut. last2 tak fokus study, padan muka!!!.. dulu time kecik2 oke je, time sekolah menengah dulu pon oke, tp kenape sekarang ko jadi camni? hilang fokus ke? jangan nak bagi alasan sebab mak abah or cikgu2 dah tak pantau, sampai bila ko nak bergantung kat orang lain?. patutnya sekarang ada peningkatan, bukan kemerosotan.. sekarang ni merosot sangat2, malu weh..(tetiba rindu zaman sekolah)

-mood tak menentu plak tu kadang-kadang, kejap oke, kejap xoke.. lepas ni cuba la belajar kawal dia, bukannya dia yang kawal kita.. jangan lupa, manusia ni kan pemimpin, at least pemimpin kpd diri sendiri, manage it nicely.. adui, soleh2..


-time senang cepat sangat ko leka, time susah baru nak ingt Allah eh.. huh xsedo diri, ko tu hamba Dia soleh, tp selalu lupa kn diri tu hamba? selalu lalai ngan Allah,. seronok kan dunia ni. hmm, jangan lupa soleh.. setiap hari umur ko semakin kurang, suatu hari nanti pasti akan mati.. ko dah bersedia ke? ape amalan yang ko ada nak bawak mengadap jumpe Dia nanti? banyak lagi bekalan yang ko kena ada soleh. ni bukan perkara main2, bukan nak takut2 kan.. ini peringatan sebab perkara ni adalah kebenaran, take it seriously. ayuh berubah.

astaghfirullahalazim. ampunkan aku Ya Allah.. rasa diri ni sangat hina dan sangat malu padaMu, selalu minta macam2, tp pada masa yang sama selalu jgak lalai kepadaMu.. YaMuhaimin, jadikanlah aku sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangMu, amin.. (T_T)

Isnin, 5 Mac 2012

Alasan Untuk Ke Syurga


Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.

Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.

Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah menempah nama di dalamnya adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan orang-orang yang telah membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.

Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat. Mereka hebat dalam melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah di dalam seluruh kehidupan mereka.

Bayaran syurga adalah kehebatan anda. Anda hebat sebagai seorang hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk anda melayakkan diri ke sana. Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, anda telah gagal untuk menempah syurga.


Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang terburuk bagi setiap keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa ke neraka.

Maka pilihan yang anda ada hanyalah pilihan untuk menjadi hebat. Tanpa pilihan ini anda sebenarnya telah memilih untuk tidak ke syurga.

Kerana itu binalah kehebatan anda. Orang Islam mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.

Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama ini semuanya adalah nama-nama yang hebat.

Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan untuk anda bersama mereka.

Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon supaya dihindarkan dari siksaan neraka yang sangat pedih. semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan redhaNya.. amin


"semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."