Doa
"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."
Sabtu, 15 Oktober 2011
Ahad, 9 Oktober 2011
Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana
masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya. Kalau boleh sekali sekala buat surprise pada isteri.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
-Artikel iluvislam.com

Jumaat, 7 Oktober 2011
ikhlas ^_^
TUMPUKAN AMALMU HANYA KEPADA ALLAH
Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan pribadi ataupuan balasan duniawi dari apa yang telah dia lakukan. Tumpuan orang ikhlas hanya satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah.
Hamba Allah yang ikhlas mampu beribadah secara istiqamah. Orang2 yang ikhlas adalah orang yang kualiti amalnya sentiasa dalam keadaan baik walaupun tidak adanya orang yang memperhatikan. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya hanya lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya. Moga kita terhindar insyaAllah.
TANDA-TANDA IKHLAS SEORANG HAMBA
1. Tidak mencari populariti dan tidak menonjolkan diri
2. Tidak inginkan pujian.Pujian hanyalah sangkaan orang kepada kita, padahal kita sendiri yang tahu keadaan kita yang sebenarnya. Pujian juga adalah ujian Allah.
3. Tidak pentingkan pangkat dan darjat.
4. Tidak mengharapkan balasan dan balas budi
5. Tidak mudah kecewa.
Adeh.. malas nak tulis panjang-panjang, nah kat sini ada info yang lebih lanjut pasal ikhlas ni. tengok jangan tak tengok.. ^_^
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1023-ikhlas.html
Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs ‘Umar ibnu Al-Khathab radhiyalallahu ta’ala ’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)
Melalui cinta Ilahi
Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.
Pernah seorang sahabat bertanya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”
Jawapannya,”Mudah..melalui cinta Illahi”
“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.
“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”
“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”
“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya”
Motivasi diri untuk kau Soleh.. dari Genji
Letakkanlah cinta Allah mendahului cintamu yang lain, kerana hanya Allah yang menaburkan benih cinta kamu kepada insan yang kamu cintai.. sebab semuanya milik Allah. Kalau kita inginkn sesuatu, kita mesti minta izin dari tuan/pencipta dia dulu.
Duhai Soleh,
jangan kau sia-siakan usia remajamu dengan duri-duri maksiat kerana nanti dihujungnya kau pasti kecewa.. perlu diingat soleh kau masih dibawah tanggungan orang tuamu, maka gunakan masa muda sebaiknya untuk berbakti dan bahagiakan mereka.
Duhai Soleh,
Berusahalah untuk jadi yang SOLEH, sesuai dengan nama yang diberikan oleh orang tuamu. jangan jadi hamba kepada perasaan. jika kau mahukan yang solehah, berusahalah jadi yang baik untuk bertemu dengan yang lebih baik..
Aku: mekacih genji, hehe ko memang terbaik!! ^_^…
Hehe mesti korang tertanya kn siape genji ni? Kalau tak tertanya pon takpe, aku nk bgtau jgak.. haha actually genji ni just imaginasi aku je, watak yg aku wujudkn dlm diri aku ni. Macam diri aku yg kedua la. Oke2 nk Tanya skit, korang pernah tgk kartun yu-gi-oh tak?, haa.. lebih kurang cmtu la cerita aku ni. Tp bkn sebijik2 sama mcm kartun tu la, sbb mcm ada unsur2 yg pelik sikit dalam cerita tu. Kalau korang xtau cuba search kt google ye.. ^_^
Haa, ni ada gmbar skit. Tgk la, jgn malu2.. Nk tgk byk2 search sendiri la oke? haha oke lah,aku stop dulu. jap lgi korang kata aku xsiuman lak. Dun wory, hekhek otak aku still buleh berfungsi dgn elok dan cerdas lgi.. insyaAllah, bye2~
Isnin, 26 September 2011
Lelaki Soleh
Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!
Ahad, 25 September 2011
Tatkala hati tersentuh cinta…
Bismillah..
Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..
Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..
Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah karniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu
Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.
Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..
Langgan:
Catatan (Atom)