Doa
"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."
Rabu, 14 Mac 2012
Muhasabah diri lagi...
Aku sendiri pon tak tau sama ada post ni sebenarnya muhasabah diri or luahan perasaan, or maybe gabungan kot. huhu ntah.. layann~
-muhasabah diri, soleh2.. kenape selalu bertindak dan berfikiran tak matang, padahal umur tu dah tua. bila la nak improve diri tu? bosan dengan diri sendiri, banyak lagi benda nak fikir.
-bila diuji sikit, senang sangat susah hati, takut plak tak kena tempat. at least ikhtiar la dulu, cube cari jalan penyelesaian.. kenape jadi lembik sangat? ape la ko ni. ubah sikit tabiat tu.. huh!!
-suka buang masa plak tu kadang2, sebab tu keja selalu jadi kelam kabut. last2 tak fokus study, padan muka!!!.. dulu time kecik2 oke je, time sekolah menengah dulu pon oke, tp kenape sekarang ko jadi camni? hilang fokus ke? jangan nak bagi alasan sebab mak abah or cikgu2 dah tak pantau, sampai bila ko nak bergantung kat orang lain?. patutnya sekarang ada peningkatan, bukan kemerosotan.. sekarang ni merosot sangat2, malu weh..(tetiba rindu zaman sekolah)
-mood tak menentu plak tu kadang-kadang, kejap oke, kejap xoke.. lepas ni cuba la belajar kawal dia, bukannya dia yang kawal kita.. jangan lupa, manusia ni kan pemimpin, at least pemimpin kpd diri sendiri, manage it nicely.. adui, soleh2..
-time senang cepat sangat ko leka, time susah baru nak ingt Allah eh.. huh xsedo diri, ko tu hamba Dia soleh, tp selalu lupa kn diri tu hamba? selalu lalai ngan Allah,. seronok kan dunia ni. hmm, jangan lupa soleh.. setiap hari umur ko semakin kurang, suatu hari nanti pasti akan mati.. ko dah bersedia ke? ape amalan yang ko ada nak bawak mengadap jumpe Dia nanti? banyak lagi bekalan yang ko kena ada soleh. ni bukan perkara main2, bukan nak takut2 kan.. ini peringatan sebab perkara ni adalah kebenaran, take it seriously. ayuh berubah.
astaghfirullahalazim. ampunkan aku Ya Allah.. rasa diri ni sangat hina dan sangat malu padaMu, selalu minta macam2, tp pada masa yang sama selalu jgak lalai kepadaMu.. YaMuhaimin, jadikanlah aku sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangMu, amin.. (T_T)
Isnin, 5 Mac 2012
Alasan Untuk Ke Syurga
Ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan seorang hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.
Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.
Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah menempah nama di dalamnya adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan orang-orang yang telah membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.
Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat. Mereka hebat dalam melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah di dalam seluruh kehidupan mereka.
Bayaran syurga adalah kehebatan anda. Anda hebat sebagai seorang hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk anda melayakkan diri ke sana. Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, anda telah gagal untuk menempah syurga.
Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang terburuk bagi setiap keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa ke neraka.
Maka pilihan yang anda ada hanyalah pilihan untuk menjadi hebat. Tanpa pilihan ini anda sebenarnya telah memilih untuk tidak ke syurga.
Kerana itu binalah kehebatan anda. Orang Islam mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.
Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama ini semuanya adalah nama-nama yang hebat.
Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan untuk anda bersama mereka.
![]() |
| Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon supaya dihindarkan dari siksaan neraka yang sangat pedih. semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan redhaNya.. amin |
"semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
Jumaat, 2 Mac 2012
Jangan menunggu, tapi...
♥ Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
♥ Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
♥ Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..
♥ Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..
♥ Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
♥ Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
♥ Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..
♥ Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..
♥ Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
♥ Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
♥ Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..
♥ Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..
♥ Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa~~
Ahad, 26 Februari 2012
Anak yang soleh
Terlalu kerap kita mendengar ungkapan ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’. Begitu juga ungkapan lama seperti ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya´, ´bagaimana contoh begitulah gubahannya´, ´bagaimana ditanam, begitulah dituai´, ´bagaimana rupa begitulah bayangnya´, dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.
Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material malahan paling penting kefahaman dari aspek mental.
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
![]() |
| Rasulullah telah mengajar umatnya supaya mencari pasangan hidup dengan penilaian utama ialah agamanya, kerana agama lebih menjamin kebahgiaan pasangan tersebut dalam melayari bahtera rumahtangga. |
Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”
Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
surah ali imran, ayat 38:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
as saff, ayat 100:
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
surah ibrahim, ayat 40:
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.
Jumaat, 24 Februari 2012
Berenang tu sunnah ^_^
Berenang... oke sebagaimana yang kita tau, berenang ni salah satu sukan yang jadi sunnah Rasulullah SAW selain memanah dan berkuda. Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim). Berenang juga memberi peluang kepada kita untuk menguasai air serta menjadi berani.
Sejak dari kecil lagi aku didedahkan dengan sukan ni. Dulu ceritanya hampir setiap hujung minggu abah ajak aku dan family pergi belajar berenang. Teringat lagi time tu aku, abang dan adik berenang kat sungai sekali. Hmm, tapi sekarang semua dah besar panjang.. suasana dah tak sama lagi macam dulu.. :( Miss that moment so much. Abang aku paling cepat belajar, sekejap je dia dah boleh berenang. Adik aku pon sekarang ni dah boleh berenang sikit-sikit. Aku ni je yang lambat sikit nak belajar berbanding dengan diaorng ni. Adik lagi hebat berenang dari aku, pergh…. Malu kot.
![]() |
| this is my little brother.. kecik2 cili padi ni :) |
My dad is a great swimmer. For me, he is my hero and I am very3 proud to him. Kami tak perlu ke kelas renang untuk belajar berenang. Memang superb laa.. tabik spring!!! hehe. Macam-macam skill abah ada sampai aku jadi teruja sangat time tu nak jadi hebat macam dia... However, to be a great swimmer is not an easy task. It will take a long time in order to make us better.
Teringat lagi kata-kata abah: “alang, nak pandai berenang ni mula-mula memang kena lemas sikit dulu, baru kita tau macam mana nak imbangkan badan dalam air. Belajar menyelam , tahan nafas.. dan try imbangkan badan dalam air, tak boleh kelam kabut sbb nanti kita tenggelam dalam air tu.” Aku pon cuba buat ikut saranan abah, fuhh.. mencabar betul sukan berenang ni. Sampai sekarang aku tak boleh kuasai lagi, boleh sikit-sikit je. kalaulah ilmu tu boleh diwarisi mesti best kan? Tak perlu susah-susah belajar..hakhak
Abah ada jgak pesan lagi: “belajar berenang ni penting alang.. bukan saja-saja abah suruh, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk kebaikan diri kita jgak. Kemahiran untuk kita selamatkan diri, or orang lain dalam situasi bahaya. Benda nak jadi masa depan kita nanti belum tau lagi. Kalau ada ilmu nanti boleh selamatkan orang lemas. Nanti benda dah jadi depan mata baru nak menyesal, time tu dah terlambat.” Memang betul apa yang abah cakap tu, apa yang nak jadi pada kita masa depan nanti memang tak boleh predict.. sebab tu pentingnya kita buat persediaan, bak kata pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan.
| my beloved abah :) |
Aku memang minat sukan renang ni, lagipun amalan dan sukan berenang ni adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad. Tapi apakan daya aku tak boleh nak fokus kepada banyak perkara dalam satu masa. Maklumlah sekarang ni bukan selalu ada masa nak pergi tempat2 untuk berenang, tambahan plak sekarang ni masa aku semakin terhad.. banyak tugas dan komitment yang dah disandarkan kat bahu aku. Apa –apa pon aku utamakan apa yang patut dulu. Walaupon stress tapi Alhamdulillah aku tetap bersyukur sebab didampingi sahabat-sahabat yang memahami dan orang yang baik yang ada di sekeliling aku. Kadang-kadang merekalah yang bagi moral support kat aku hampir cepat give up ni supaya tetap bertahan dan bersemangat :) Thanks to all of u.
![]() |
| weeee~ syoknyer berenang.. burrrrrr |
Khamis, 23 Februari 2012
Tarbiyah itu, sifatnya ...
Perjuangan Islam.
Melalui usaha-usaha Dakwah & Tarbiyah.
Jalan yang dirintis oleh baginda Rasulullah SAW.
Jalan menuju kepada Allah SWT.
Jalan menuju kepada Allah SWT.
Jalan tarbiyah itu, tabiat dan sifatnya :
Sulit tapi Kukuh
Panjang tapi Terjaga Keasliannya
Lambat tapi Hasilnya Terjamin
Sulit tapi Kukuh
Panjang tapi Terjaga Keasliannya
Lambat tapi Hasilnya Terjamin
Mungkin, kita baru sahaja disentuh dengan tarbiyah ini. Ataupun sudah bertahun-tahun berada di dalamnya. Proses inilah yang menjadikan kita ini hamba. Hamba Allah SWT yang sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, kepada muslim di sekelilingnya, kepada komuniti masyarakat yang ada dan seluruh ummah yang bersama-samanya.
Pemilihan Allah SWT ini, harus dihargai, disyukuri, dinikmati dan di"izzahi." Namun ia tidak cukup sekadar itu sahaja, jika tidak dikongsikan kepada insan-insan yang lain. Justeru, mindsetting kita jalan tarbiyah ini adalah jalan yang punyai sifatnya yang tersendiri.
(1) Jika antum merasai kesukaran, kesusahan, kejemuan, kelelahan, keletihan dan bermacam-macam perasaan yang mengetirkan sepanjang melalui proses tarbiyah ini – YAKINLAH – antum telah berada di landasan yang benar.
(2) Benar! Jalan ini bukan jalan magis, jalan yang “popular” dan glomour tetapi ia adalah jalan yang ditaburi duri-duri tajam lagi halus yang menusuk diri.
BAJET BAGUS , IS SO GOOD!
1. "Bajet ah kau ni post Islamik2".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"
2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."
3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."
4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."
5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman kau."
---------
Dan tidak lah aku menulis, melainkan kerana aku mencari ampunan Tuhanku yang Maha Luas.
Wa astaghfirullah wa atubu ilaik...
SUMBER: Mohamad Asyraff
Langgan:
Catatan (Atom)

















