Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Rabu, 20 Jun 2012

Ayuh bersama sama kita amalkan




Assalamualaikum.. alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kita selama ini. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Buat para pembaca, moga dalam keadaan sihat sejahtera. Untuk kali ini tak banyak saya nak cerita, sekadar nak berkongsi mengenai selawat yang boleh kita amalkan.

Berkata Sultanul Arifin Al Imam Jalaluddin As Suyuthi rahimahulLahu Ta’ala anhu di dalam kitabnya Al Wasail Fi Syarhi As Syamail berkata:
“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan maulid Nabi SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah. Sesungguhnya malaikat-malaikat al Mutawaqqun bin Nur (Yang Berkalung Cahaya iaitu jibrail, Israfil, Qirbail dan I’nail), as Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris), al Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi A’rasy), dan al Kurbiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang-orang yang di dalam kesusahan) akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW”

Setiap amalan ibadat yang kita lakukan sebaik2nya kita faham. Proses pemahaman ada beberapa peringkat, dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar. Adalah lebih baik kita amalkan perkara2 yang mudah dahulu dan senang faham daripada terus ke peringkat yang lebih tinggi dan sukar difahami.

Contohnya selawat atas Nabi SAW. Amalkan selawat yang mudah dan ringkas terlebih dahulu secara berterusan dan jangan menafikan kelebihannya. Antaranya selawat yang selalu dibaca oleh khatib yang membaca dalam khutbah Jumaat. Kenapa selawat (rukun) tersebut menjadi pilihan dan dibaca dalam khutbah Jumaat. Sebab banyak fadhilatnya.

Antara contoh selawat yang nak saya kongsi disini:

1.selawat fatih


Ulama mengamalkanyan . Kelebihan selawat fatih ini sangat banyak terutamanya untuk menjaga hati kita , untuk melembutkan hati dan untuk hati kita mudah menerima nur hidayah, nur iman, nur islam, nur makfira, nur ilmu dan hikamah2 .
Ada ulama mengatakan andai kita mengamalkan selawat ini Allah akan membuka pintu2 hikmah. InsyaAllah andai kita amalkan selawat mulia ini kita akan merasai kemanisan mengamalhan agama dalam kehidupan, hati kita tenang, dan belajar mudah faham.

2.selawat syifaa


Selawat syifaa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, contohnya dalam link ni : 
-syiriknya-selawat-syifa- tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

3.selawat burdah

مولى صل وسلم دائما ابدا # على حبيبك خير خلق كلهم


* Ya Allah selawat dan salam selalu dan selamanya

* Buat kekasih Engkau (Muhammad s.a.w.) sebaik-baik ciptaan Allah sekaliannya

selawat ni memang femes, selalu dibaca waktu habis solat

4.selawat murah rezeki



nak share maksud dia kat sini:
Ya Allah rahmati, dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad SAW.. dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami, bertambah baiknya akhlak kami. dan kurniakanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.

 "sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu juga berselawat dan mengucapkan salam ke atas Baginda" (Al-Ahzab : ayat 56)



Marilah sama-sama kita amalkan selawat sebab, lebih banyak kita berselawat, lebih banyak manfaat yang kita dapat insyaAllah. kalau tak boleh buat banyak-banyak, cuba buat sikit-sikit dulu, try to improve it dari semasa ke samasa. Kita akan terasa berdampingan dengan Rasulullah, rasa dekat dihati.