Doa

"Ya Allah jadikan aku ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapaku,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruhku melanggar perintah-Mu."


Isnin, 26 September 2011

Lelaki Soleh



Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?                       
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

Ahad, 25 September 2011

Tatkala hati tersentuh cinta…



Bismillah..
Dikala cinta menyapa..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..

Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Wahai Sang Maha Pencipta cinta…
Indahnya cinta adalah kurniaanMu..

Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..
Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…
Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..
Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…
Ya Allah karniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..
Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah  yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.


Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..

Jumaat, 23 September 2011

Dr. Yusuf Al- Qardhawi


Dr. Yusuf Al-Qardhawi : Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universiti al-Azhar, Fakultas Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Tapi gelar doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972 dengan disertasi "Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa moden.


Sebab keterlambatannya meraih gelar doktor, kerana dia sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu. Ia terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakultas Syariah di Universiti Qatar. Pada saat yang sama, ia juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Ia mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.


Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah mengenyam "pendidikan" penjara sejak dari mudanya. Saat Mesir dipegang Raja Faruk, dia masuk bui tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun, kerana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Jun di Mesir. Bulan Oktober kembali ia mendekam di penjara militer selama dua tahun.


Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai menciptakan opini umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.


Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat puteri dan tiga putera. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dan hebatnya lagi, dia tidak membezakan pendidikan yang harus ditempuh anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya.


Salah seorang puterinya memperoleh gelar doktor fizik dalam bidang nuklir dari Inggris. Puteri keduanya memperoleh gelar doktor dalam bidang kimia juga dari Inggris, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.


Anak laki-laki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universiti Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bungsu telah menyelesaikan kuliahnya pada fakultas teknik jurusan elektrik.


Dilihat dari beragamnya pendidikan anak-anaknya, kita boleh membaca sikap dan pandangan Qardhawi terhadap pendidikan moden. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Sebabnya ialah, kerana Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembahagian ilmu secara dikotomis. Semua ilmu baik Islami dan tidak Islami, tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.


Isnin, 19 September 2011

Amanah besar..



Haish.. bila sebut je psal kawin, semua org mesti exited kn? haha kalau x mknanye ada something wrong la kt dia tuh.. ermm, tp pkara ni bkn bleh wat main. kena ingat tanggujwb sbgai suami or istri ni bknlah ringan.. pkahwinan tu sunnah Rasulullah SAW.. oke nk tnye jap, ape erti seorng suami? hekhek oke kt sini aku nk citer ringkas je ea, jap lgi sibuk tkut xsmpat. byk keje nk ciapkn ni hehe

“Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Jadi seorang suami ni amanah besar yg dipikul bagi seorang lelaki. So bila dh akad nikah, dia kene pikul tnggungjwb seorang wanita yg sebelumnya mrupakn tanggungan ayahnya, kini ada di bawah tanggungannya. Semua skali kene tanggung ye wahai cik2 abg yg kt luar tu.. psal didikan, agama, nafkah n sebagainya yg ditanggung oleh ayah dia.

Amanah ini kene slalu diletakkan dlm minda bhawa bukan pkara kecil dlm mbina daulah islamiyah yg tkecil dlm msyarakt,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dlm mjalankan amanah sbgi suami, dan juga amanah bile dah bergelar seorang ayah.

Suami mrupakan tauladan utk keluarganya. Segala pbuatan dia mjadi phatian seisi keluarganya. Anak2 lbih mudah meniru apa yg dibuat bbanding mdengar apa yg diucap oleh ayahnya. Isteri lebih mudah ikut bila suaminya lebih prihatin thadap dirinya n of coz perasaannya. Mknanye kene jadi lelaki yg terbaik dimata isteri lah, haha :-)
Suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. So kene jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga.



Didikan seroang ayah / suami yg dlm tegasnya terselit didikan, dlm garangnya punyai asuhan n dlm tuturnya penuh dgn kemesraan. Semuanya perlulah dlm kadar yg bterusan. Didikan kpd anak2 n isteri klau xde sifat istiqamah, boleh runtuh sebuah instiusi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, x istiqamah dlm pbuatannya, confem la xleh jadi uswah (ikutan) tbaik bagi isteri dn anak-anaknya.
Dalam hati kita ada dua keindahan, iaitu keindahan ibu kita dan keindahan isteri kita, kerana kedua – keduanya memancarkan keindahan Allah SWT  yang Hakiki. Tetaplah  mengindahkan mereka selalu! :)

haha.. oke2 jap lgi ade lak yg tkut nk kawin lpas baca ni, huhu rilek la.. ^_^
Sama2 kita mengambil pengajaran. moga Allah luaskan pintu rezeki buat kita sume, dan dikurniakan zuriat yg soleh solehah n sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. Artikel dibuat bkn bdasarkn pengalaman..(penulis masih lagi belum berkeluarga yer, hehe)
oh ya, kt sini aku nk share nasyid "saat lafaz sakinah" from fareast.. slamat mdengar


Ahad, 18 September 2011

Welcome to my blog.



woit kamu, yer kamu laa.. sape suh tgk ni? ada hutang ka?!!!!!! lu sapa wa mau goyang? opss terlebih suda..sori2 tpengaruh ngan citer KL gemster ar ni., hehe kantoi. ehem hem,..

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera semua (^_^) welcome to my blog. oke first of all, aku nk mintak maaf dulu la kt semua kalau2 blog ni maybe membosankn korang or maybe ada yg terasa ngan post2 aku nti. perlu diingat kita semua ni same je, still dlm proses blaja. so kalau ada mistake tu.. ehmm, thats normal rite? coz nobody perfek. harap, sudi2 la tegur kesilapan aku ek.. insyaAllah aku sedia terima teguran ngan hati tbuka. :-) chewah poyo.

aku bukan reti main2 blog ni.. ahakz blog ni aku guna utk share2 ilmu ape yg aku dpat or jumpa, maybe aku selitkn ckit2 psal citer suka duka hidup aku. depend on my mood la kot.. ehehe anyway thanks 2 korangs 4 exploring my blog.  fuhh actually blog ni dh lame wujud, aku je yg xde post pape. mklumlah aku ni xde buku diary mcm orng lain, 4 me blog describes a web site that is more like my digital diary... cheewah speaking english lak, hehe. aisey susah jgak nk main blog ni mule2, xtau nk tulis ape.. tgagap2 jari ni., haha tp xpe insyaAllah nti lama2 oke kot..

haha oke la.. korang musti 10syen kn dgr aku mngarut. sori2 haha, rilek la.. hidup ni perlukn keseimbangan, xleh 100% dlm hidup kita ni nk serius je.. bosan tau. "time main kita main, time serius kita serius" hmm betul ke ape aku ckp ni? hehe forget it. k la nk g tido dulu. hope sape2 yg pkar dlm blog ni sudi2 la beri tunjuk ajar ye, hehe mekacih, tq, syukran.. :-)




Kuberfikir..



Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..